Cekiik Pekerja Stesen Minyak,Ini Yang Telah Disahkan Oleh Pihak Hospital Keadaan Zynakal Sangat Mengejutkan Ramai Pihak

Cekiik Pekerja Stesen Minyak,Ini Yang Telah Disahkan Oleh Pihak Hospital Keadaan Zynakal Sangat Mengejutkan Ramai Pihak

TINDAKAN penyanyi Zynakal menyerang seorang pekerja stesen minyak baru-baru ini berkait rapat dengan masalah gangguan mental apabila komposer muda itu ditahan di wad psikiatri, Hospital Besar Kuala Lumpur pada Sabtu.

Cekiik Pekerja Stesen Minyak,Ini Yang Telah Disahkan Oleh Pihak Hospital Keadaan Zynakal Sangat Mengejutkan Ramai Pihak
Cekiik Pekerja Stesen Minyak,Ini Yang Telah Disahkan Oleh Pihak Hospital Keadaan Zynakal Sangat Mengejutkan Ramai Pihak

Menurut teman rapatnya iaitu Syazwan Zanini, penyanyi lagu Terbang itu disahkan menghidap bipolar mania dan perlu menjalani beberapa siri rawatan pemulihan di hospital.

ARTIKEL MENARIK:


“Setelah mahkamah menjatuhkan hukuman denda pada Jumaat lalu, kami pujuk dia untuk ke hospital kerana nampak lain pada dirinya yang menggambarkan itu bukan dia.
“Awalnya dia menolak, namun akhirnya dia akur dengan permintaan kami, hasil pemeriksaan doktor mendapati dia menghidap salah satu masalah pada mental dan perlu mendapatkan rawatan segera.
“Buat masa ini tak dapat dipastikan bila dia akan dibenarkan pulang,” katanya kepada mStar.
Syazwan dan Zynakal.

loading...

Pada Rabu lalu, Zynakal ditahan polis selepas bertindak mencekik seorang pekerja sebuah stesen minyak di Ampang, Kuala Lumpur.
Justeru itu, Mahkamah Majistret Ampang Kuala Lumpur memerintahkan hukuman denda sebanyak RM2,800 atas kesalahannya mencederakan seorang pekerja warga Bangladesh dan menghalang tugas polis.
Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali menjatuhkan hukuman terhadap Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli, 21, selepas dia mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan yang dibaca terhadapnya.
Caprice dan Sufian Suhaimi membantu Zynakal mendapatkan rawatan secara alternatif.
Sementara itu, Syazwan yang juga Pengarah Urusan SelamatBercuti.com memberitahu emosi Zynakal masih belum stabil dan kelakuannya tidak boleh dijangka.
Syazwan turut menafikan dakwaan netizen kononnya Zynakal dibawah pengaruh bahan terlarang.
“Dia masih belum stabil, kadang-kadang dia okay tapi tiba-tiba boleh berubah menjadi tak okay.
Zynakal seorang penyanyi dan komposer berbakat besar.
“Watak dia pelbagai dan kadang-kadang kita tak faham apa yang cuba disampaikan dalam perbualan… kalau anda kenal dia, anda akan tahu itu bukan dia!
“Hasil ujian air kencing juga mendapati dia bebas daripada sebarang pengaruh dadah,” ujarnya.
Bipolar Mania merupakan salah satu gangguan pada mental yang menyebabkan emosi seseorang pesakit berubah-ubah.
Antara simptom yang ditunjukkan oleh mereka yang berdepan penyakit ini ialah rasa gembira, lebih aktif dari biasa, masalah untuk tidur, rasa gelisah, cepat marah, melakukan sesuatu benda berisiko dan bercakap dengan cepat.
SUMBER via Sinar Viral Network



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post