Berhati-Hati Terhadap Pasangan Berusia Ini Jika Terserempak Mereka Di Tepi Jalan

Berhati-Hati Terhadap Pasangan Berusia Ini Jika Terserempak Mereka Di Tepi Jalan

Buat baik pun kena berpada-pada dah zaman sekarang ni.

Berhati-Hati Terhadap Pasangan Berusia Ini Jika Terserempak Mereka Di Tepi Jalan
Berhati-Hati Terhadap Pasangan Berusia Ini Jika Terserempak Mereka Di Tepi Jalan

Dalam kisah yang dikongsikan di dalam facebook group baru-baru ini, pasangan warga tua dikatakan menipu dan mengambil kesempatan terhadap sesiapa yang baik hati dan terpedaya dengan penipuan mereka.

ARTIKEL MENARIK: Rogol anak sehingga hamil 7 minggu, bapa mengaku tidak bersalah


Netizen yang berkongsikan kisah ini berkata ketika dorang keluar dari pusat membeli belah, dorang nampak ada sepasang pasangan tua yang duduk di tepi jalan, dengan wanita tua bertongkat kerana kakinya dibalut dan seorang lelaki tua memakai topi keledar. Dia berkata:
“Saya perasan yang mereka ni nampak macam baru lepas kemalangan dan wanita tua tersebut berbalut kakinya. Jadi rasa memutuskan untuk menghentikan kenderaan dan lihat apa yang boleh saya bantu.”
Rupa-rupanya, lelaki tua itu menjelaskan yang ada seseorang melanggar motorsikal dorang dan sekarang dia hutang lebih RM100. Dia juga beritahu yang dia bukan penduduk tempatan dan datang dari Pulau Pinang.

“Saya bertanya ke mana mereka nak pergi sebab saya boleh tolong ambil motor tersebut dan hantar mereka pulang. Tapi mereka cakap tak perlu. Lelaki tua tersebut ingin memanggil lori untuk mengambil motornya dengan harga RM150 dan berkeras untuk mengambil duit itu dari saya.”
“Saya cakap saya tidak ada duit jadi dia minta jika saya ada RM20.”

loading...

Lelaki tersebut tidak berhenti dan berkeras meminta duit. Netizen tersebut menambah:
“Saya mula rasa mereka ini tipu selepas saya berkali-kali offer untuk bantu alihkan motorsikal mereka ke tempat yang diingini, namun lelaki tua ni asyik minta RM150, kata yang dia perlu bayar lori untuk alih motor.”
“Tak ke pelik tu saya dah offer untuk bawa motor tu balik kenapa nak lori juga?”

Rupa-rupanya, pasangan tersebut memang dah lama menipu orang di kawasan tersebut. Kedua-duanya akan meminta duit samada untuk membaiki atau mengalih motorsikal yang rosak. 



Ada orang lalu di situ datang memberitahu yang dia pernah berjumpa pasangan ini memberitahu yang dia sudah pun memberi pasangan tua tersebut RM100 pada minggu lepas untuk membaiki motorsikal tersebut dan hari ini mereka kembali lagi di tempat yang sama meminta duit lagi?!
“Apabila mendengar hal ini saya jadi agak marah dan segera ingin mengambil gambar mereka berdua. Dengan tak tahu malu mereka ini nak marah dan cuba untuk pukul saya!”
Netizen ini terus berlalu pergi selepas diberitahu jangan dilayan pasangan tua ini.

Bukan itu sahaja, ramai netizen yang terserempak dengan pasangan tersebut berdekatan Hospital Serdang dan Sungai Besi.

facebook1-3.pngfacebook2-1.pngMereka juga pernah dilihat berada di kawasan The Mines malah Kuchai Lama!

facebook3.pngfacebook4.pngJadikan ini sebagai pengajaran yang kita sentiasa perlu berhati-hati dan tidak cepat percayakan orang. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali… Ada je manusia yang suka ambil kesempatan terhadap kebaikan orang lain. Contohnya pasangan tua ni lah!

Kredit : Sinar Viral Network

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post