Berang Cinta Tidak Berbalas, Lelaki Rakyat Malaysia Bunuh & Setubuh Mayat Gadis Dicintai

Berang Cinta Tidak Berbalas, Lelaki Rakyat Malaysia Bunuh & Setubuh Mayat Gadis Dicintai

Seorang lelaki yang merupakan rakyat Malaysia bertindak membunuh wanita dicintainya sebelum cuba mengadakan hubungan seks bersama mayat wanita itu.

Berang Cinta Tidak Berbalas, Lelaki Rakyat Malaysia Bunuh & Setubuh Mayat Gadis Dicintai
Berang Cinta Tidak Berbalas, Lelaki Rakyat Malaysia Bunuh & Setubuh Mayat Gadis Dicintai

Kejadian yang berlaku di rumah pangsa di Singapura yang disewa oleh suspek Boh Soon Ho, berusia 51 tahun dan berasal dari Malaysia, namun tidak diberitahu dari daerah mana.

ARTIKEL MENARIK: Gadis Cina ini menyesall kahwin dengan lelaki Afrika, 3 tahun lahir 8 anak.


Rabu lalu, Boh mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membunuh, cubaan menyetubuhi mayat serta melarikan barangan berharga milik mangsa.
Menurut pendakwaraya, Boh mengintip pergerakan wanita yang dikenali sebagai Zhang Huaxiang itu sebelum mendapati wanita itu memiliki teman lelaki, dan bertindak bertemu mangsa bagi meluahkan kemarahan.

loading...

Sebelum beberapa hari kejadian, Boh yang juga merupakan penduduk tetap Singapura itu mengajak mangsa makan bersama di rumah pangsa sewa Boh pada 21 Mac 2016.

Seterusnya Boh cuba mengajak mangsa melakukan hubungan seks namun ditolak, berang pelawaannya ditolak, Boh terus menjerut leher mangsa yang berusia 28 tahun itu menggunakan tuala mandi.

“Dia kemudian bertindak membogelkan mangsa, merakam foto dan cuba melakukan hubungan seks, namun gagal kerana tidak berupaya mengekalkan ereksi,” – pendakwa.

Boh melarikan diri ke Malaysia tetapi berjaya ditahan pihak polis pada awal April 2016 dan dibawa pulang ke Singapura.

Pendakwaraya menjelaskan Zhang merupakan seorang jururawat dari China dan tidak membalas cinta tertuduh malah tidak pernah menjalinkan sebarang hubungan intim bersama lelaki itu.

Mayat Zhang ditemui tuan rumah di atas katil milik tertuduh pada 22 Mac dan terus menghubungi polis.

Susulan laporan polis itu, Boh ditahan polis di Malaysia pada 4 April tahun yang sama dan dibawa pulang ke Singapura.

Jika didapati bersalah, Boh boleh dijatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, tetapi tidak boleh menjalani hukuman sebatan kerana sudah berusia melebihi 50 tahun.

Sumber : Agensi via HOIVIRAL



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post