Tidak disangka, mereka kehilangan ibu bapa serentak! Arwwah ibu dan bapa telah berjanji kepada dua anak untuk pulang hari ini, namun kepulangan suami isteri itu membawa bersama berita sedih sekali gus menukar status si anak kepada yatimpiatu.
Anak terkilan tidak sempat salam sebelum pergi, ini pesanan terakhir arwwah ibu & ayah |
Mohd Hanafi Ismail, 37, dan isterinya Salimah Mohd Shafie, 39, mengungkap janji itu sebelum mengikuti konvoi motosikal berkuasa tingggi ke Johor Bahru untuk acara Desaru International Bike Week (DIBW) 2019.
ARTIKEL MENARIK: 'Lebih baik aku mati di tangan kamu sekiranya kamu lebih percaya fitnah orang' - Isteri mati ditembak suami bahalol
Bagaimanapun, kedua-duanya meninggaIdunia selepas terbabit kemaIangan di Jalan Kota Tinggi-Mersing dekat Jemaluang, Mersing pada 9.25 malam semalam.
Anak sulung pasangan itu, Nur Syazwany, 17, yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Oktober depan mengakui sukar menerima kehiIangan itu yang berlaku sekelip mata.
“Memang abah dan ibu berjanji nak balik hari ini, tapi saya tidak menyangka mereka pulang dalam keadaan tidak bernyawwa,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Pulau Duyong, Kuala Terengganu, hari ini.
Pelajar Sekolah Menengah Agama Khairiah itu berkata, adiknya, Muhammad Akmal, 12, pula tidak sihat dan selesai menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Rabu lalu.
loading...
Pesanan terakhir ibu ayah
Katanya, mereka hanya mengetahui kejadian berlaku selepas dimaklumkan datuk, Mohd Shafie Muhamad, 72.
“Setengah jam sebelum kejadian itu berlaku, abah ada telefon dan pesan supaya saya mengunci semua pintu dan menjaga adik serta berinya makan ubat.
Tidak sempat salam ibu ayah sebelum pergi
“Muhammad Akmal demam dan tidak bermaya. Ketika abah dan ibu keluar rumah pada 7.30 pagi (semalam), kami tak sempat bersalaman kerana saya baru terjaga tidur dan adik pula masih lelap.
“Itu yang buatkan saya terkiIan,” katanya.
Sementara itu, Mohd Shafie berkata, menantunya (Mohd Hanafi) yang bekerja sebagai jurujual kenderaan sangat meminati motosikal berkuasa tingggi dan membeli model Kawasaki Z800 yang ditunggang ketika kejadian.
“Sebelum ini, sebuah daripada motosikal berkenaan sudah dijual. Arwwah sangat menyayangi motosikal terbabit.
“Saya dapat tahu kejadian yang berlaku pada anak dan menantu selepas dihubungi rakan arwwah yang terselamat. Memang tak sangka mereka berdua pergi dahulu apatah lagi, hubungan kami akrab,” katanya.
Menurutnya, jenazzah kedua-duanya dijangka disembahyangkan di Masjid Al Muktafi Billah Shah (AMNS) dan dikebummikan di Tanah Perkvburan Islam Kampung Pulau Duyong, malam ini.
Sumber : HarianMetro via Celoteh Saje
Post a Comment