Ahli perniagaan mengaku bersalah beri rasuah RM1 juta kepada Ku Nan

Ahli perniagaan mengaku bersalah beri rasuah RM1 juta kepada Ku Nan

SEORANG ahli perniagaan yang sebelum ini dituduh memberi rasuah sebanyak RM1 juta kepada Tengku Adnan Tengku Mansor membuat kejutan apabila dilapor mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan di mahkamah hari ini.

Ahli perniagaan mengaku bersalah beri rasuah RM1 juta kepada Ku Nan
Ahli perniagaan mengaku bersalah beri rasuah RM1 juta kepada Ku Nan

Tan Eng Boon mengaku bersalah terhadap tuduhan itu di hadapan kamera di mana pihak media tidak dibenarkan membuat liputan prosiding mahkamah awal hari ini.

ARTIKEL MENARIK: Video)Tular Rakaman Kilang Proses Minyak Terbesar Dunia Milik Arab Saudi Dibom, Harga Minyak Dunia Diramal Naik


Keputusan bagi kes rasuah berkenaan dijangka akan disampaikan pada jam 2.15 petang hari ini di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Tan sebelum ini pada November tahun lepas, didakwa di bawah Seksyen 16 (b)(a) akta pencegahan Rasuah Malaysia 2009 kerana memberi rasuah kepada Tengku Adnan melalui cek public Bank milik Pekan Nenas Industries Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB bank bekas Menteri tu.


Rasuah itu didakwa diberikan pada 27 Disember 2013 kepada Tengku Adnan, yang dirujuk sebagai Ku Nan sebagai balasan kerana memberi kelulusan kepada permohonan syarikat itu untuk menaikkan nisbah plot bagi tanah di Jalan Semarak Kuala Lumpur.


loading...

Tan juga menghadapi pertuduhan pilihan mengikut seksyen 165 kanun keseksaan kerana bersubahat dengan Tengku Adnan di dalam melakukan kesalahan itu dan boleh dihukum di bawah Seksyen 109 kanun keseksaan.

Kredit : MiloSuam

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post