Wanita ini dakwa sikap panas baran punca keretakan rumah tangga, ini reaksi padu Shaarnaz

Wanita ini dakwa sikap panas baran punca keretakan rumah tangga, ini reaksi padu Shaarnaz

PELAKON Sharnaaz Ahmad berasa kurang senang dengan tindakan seorang netizen di Twitter yang memberi komen mengenai kemelut rumah tangga pelakon itu.

Wanita ini dakwa sikap panas baran punca keretakan rumah tangga, ini reaksi padu Shaarnaz
Wanita ini dakwa sikap panas baran punca keretakan rumah tangga, ini reaksi padu Shaarnaz

Menerusi posting dimuat naik wanita dikenali sebagai @AnisKhalidi pada Jumaat itu mendakwa sikap pa@nas ba@ran Sharnaaz menjadi salah satu punca ke3retakan rumah tangga yang dihadapi aktor berkenaan.

ARTIKEL MENARIK:


“Biasalah… Orang ba@ran takkan boleh berubah lepas kahwin.

“Mungkin ada faktor lain tapi aku percaya perangai ba@ran Sharnaaz mesti salah satu daripadanya,” tulisnya.

Kemelut rumah tangga Sharnaaz dan isteri kembali timbul selepas Nabila memuat naik gambar Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Komennya itu lantas mendapat perhatian Sharnaaz yang memberikan komen balas terhadap kenyataan wanita berkenaan.

Dalam nada berbaur sindiran, Sharnaaz turut menafikan sikap pa@nas ba@ran menjadi punca kere3takan hubungan dengan isterinya iaitu Noor Nabila.

“Cik Anis yang manis, semanis wajah namanya, saya rasa awak telah menyelesaikan masalah rumah tangga saya hanya dengan satu kilas.

“Tahniah… tapi saya boleh jamin, bukan soal baran yang menjadi masalahnya.

“Harap cik Anis bahagia dunia akhir@at,” katanya.

loading...

Dalam pada itu, rata-rata netizen menyelarkan tindakan wanita yang sewenang-wenangnya mencampuri urusan rumah tangga pelakon berkenaan.

“Tak perlu buat pandai. Jaga keluarga sendiri sudah. Bo0doh jangan tunjuk.

Tindakan wanita berkenaan menerima kecaman netizen di laman Twitter.

“Jangan terlalu cepat membuat kesimpulan. Rumah tangga mereka, biar mereka yang tentukan hala tujunya. Kita sebagai hamba Allah hanya doakan yang baik-baik sahaja.

“Kau hingusan lagi adik. Kahwin dahulu, nanti baru reply semula tweet ini.” ujar netizen.

Sebelum ini timbul desas desus kononnya perkahwinan Sharnaaz dan Nabila berdepan masalah, namun perhubungan mereka dilihat kembali pulih sejak Februari lalu.

Pasangan terbabit yang mendirikan rumah tangga melalui sebuah majlis yang meriah pada 31 Mac 2017 dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Jebat Jayden, Ogos lalu.

“Terima Kasih Hadir Dalam Hidup Mommy” – Sayunya Ucapan Noor Nabila Kepada Anaknya, Jebat

Anak sulung kepada kakak pelakon Neelofa, Noor Nabila, Jebat Jayden baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang pertama hari ini.
Sebagai ibu, Nabila juga tidak ketinggalan menitipkan coretan menyentuh hati buat anak kesayangannya.

Coretan itu dimuat naik Nabila menerusi entri terbaru diakaun Instagramnya hari ini.

“Selamat hari jadi untuk anakku sayang. Semoga Allah S.W.T panjangkan umur anak mommy, beri kesihatan yang baik dan berterusan untuk anak mommy, jadikan anak mommy Jebat Jayden Ahmad anak yang soleh, anak yang bijak, anak yang berbakti pada orang tua dan semoga Allah S.W.T sentiasa melindungi anak mommy dan melimpahi anak mommy dengan kasih sayang Allah dan rahmat Allah S.W.T.
Screenshot_20190830-215617.jpg
“Sayangku jadilah orang yang beriman, yang bertanggungjawab, yang sentiasa menghormati orang tidak kira tua atau muda, yang menepati janji, yang berjaga-jaga ketika berkata-berkata supaya tidak mengguris hati sekeliling, semoga sayang mommy boleh menjadi seorang yang sabar dan sentiasa tenang dalam apa sahaja dugaan hidup.

“Sayangku anak mommy terima kasih kerana hadir dalam hidup mommy, syukur pada Allah swt. Hidup mommy dipenuhi dan dilimpahi dengan kasih sayang dan nikmat yang tak pernah mommy rasa sebelum ini.

“Terima kasih sayang untuk gelak tawa, gurauan senyuman dan kasih sayang yang sangat indah dan takde nilainya. Mommy sayang anak mommy dunia dan akhirat,” coretnya.

Kredit : Hereafter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post