Adab adalah sangat penting dan lebih diutamakan sebelum kita mempelajari sesuatu ilmu. Tiada gunanya jika seseorang itu memiliki Ilmu yang hebat dan tinggi, tetapi tidak memiliki adab dan akhlak yang baik sesama manusia.
Tengah Elok Ustaz Ebit Liew Beri Tazkirah, Boleh Pula Alif Syukri Mencelah |
Malah bukan itu sahaja, Ilmu sesorang itu akan menjadi sia-sia sekiranya ia sedikitpun tidak memberi kesan ke atas peribadi dan tingkah lakunya.
ARTIKEL MENARIK:
Sedang khusyuk mendengar perihal kepentingan solat dan penjagaan rohani, Datuk Seri Aliff Syukri dilihat tiba-tiba mencelah dan mengajukan soalan mengenai arah tujuan perlumbaan.
Ia sekali gus menimbulkan perasaan kurang senang netizen yang menonton, menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik pelawak dan penyanyi, Achey menerusi Instagram baru-baru ini.
Ulas netizen, usahawan selebriti tersebut seolah-olah melencongkan perbualan kerana tidak senang apabila mendengar ceramah agama. Malah ada juga yang memohon agar penceramah bebas ini menasihati Aliff agar tidak bersikap ri4k.
Sementara itu, ada juga yang memuji Achey apabila bintang tersebut dilihat hanya menunduk dan mengangguk tanda faham tatkala mendengar tazkirah bermanfaat dari Ebit Lew ketika sesi perlumbaan yang berlangsung di Dataran Merdeka.
loading...
Ilmu dan adab itu sebenarnya tidak boleh dipisahkan dan ia hendaklah saling lengkap melengkapi di antara satu sama lain. Semakin tinggi ilmu seseorang itu, maka semakin tinggilah adab dan akhlaknya kepada orang lain. Bukan setakat itu sahaja, semakin tinggi adab dan akhlaknya pula, maka semakin tinggilah darjatnya di Hari Akhirat nanti berbanding dengan mereka yang hanya memiliki ilmu agama tetapi buruk adabnya.
Oleh yang demikian, marilah kita mengambil berat serta menitik beratkan soal adab dalam mempelajari ilmu, mahupun mengajarkannya kepada orang lain. Ini adalah kerana orang yang tinggi adabnya kepada orang lain, walaupun tidak mempunyai ilmu yang banyak, lebih baik dan mulia berbanding orang yang mempunyai banyak ilmu tetapi kurangnya adab.
Video:
p/s: Di harapakan supaya Dato Aliff lebih bersabar selepas ini apabila mendengar taskirah oleh Ustaz. Bukan lama pun taskirahnya sampai Dato macam tak sabar nak mencelah
Foto : Instagram Achey |Kredit:MH
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Kredit : tubeviral
Post a Comment