Penangan Pujaan Hati Kanda, Mira Filzah Raih Pencalonan Terbanyak, Peminat Kecewa Ayda Jebat Gagal Tersenarai ABPBH32

Penangan Pujaan Hati Kanda, Mira Filzah Raih Pencalonan Terbanyak, Peminat Kecewa Ayda Jebat Gagal Tersenarai ABPBH32

PELAKON Mira Filzah membuktikan popularitinya apabila tercalon dalam tujuh kategori Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 (ABPBH32).

Penangan Pujaan Hati Kanda, Mira Filzah Raih Pencalonan Terbanyak, Peminat Kecewa Ayda Jebat Gagal Tersenarai ABPBH32
Penangan Pujaan Hati Kanda, Mira Filzah Raih Pencalonan Terbanyak, Peminat Kecewa Ayda Jebat Gagal Tersenarai ABPBH32

Mira merupakan calon Top 5 dalam kategori Pengacara TV Popular, Artis Versatil Popular, Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular.

ARTIKEL MENARIK:


Penangan gandingannya bersama Remy Ishak dalam drama Lelaki Kiriman Tuhan dan Pujaan Hati Kanda membawa tuah apabila mereka tercalon dalam dua kategori Gandingan Serasi Drama Popular.

Filem yang dilakonkan oleh mereka berdua iaitu Rise Ini Kalilah turut melayakkan mereka tercalon dalam Gandingan Serasi Filem Popular.


Mira Filzah dan Remy Ishak digandingkan bersama menerusi drama Pujaan Hati Kanda.

Layak meloloskan diri dalam tujuh kategori pencalonan tersebut merupakan hasil usaha peminat yang mengundi dalam pencalonan awal yang diadakan baru-baru ini.

Populariti Mira itu turut disokong apabila drama lakonannya bersama Ben Amir berjudul Sweet Dreams sedang bersiaran di Astro Ria.

Menerusi laman Twitter, rata-rata peminat bersetuju dengan senarai Top 5 yang diumumkan tersebut dan mengakui Mira sememangnya layak berada dalam barisan pencalonan.

“Ya Allah bersyukur sangat Mira dapat top 5 untuk semua kategori yang dicalonkan. Tahniah kepada semua yang mengundi, jom kita pulun sampai menang.

loading...

” Wow hebatnya peminat Mira Filzah. Semua Top 5 yang tercalon tu. Fuhhh… hebat!

“Kalau dah sampai enam, tujuh pencalonan Top 5 ni aku rasa memang ABPBH kali ni bagi Mira Filzah je lah. Ambil!,” komen netizen.


Siti Nordiana bersaing rapat dengan Mira Filzah.

Sementara itu, penyanyi Siti Nordiana bersaing rapat dengan Mira Filzah apabila dia tercalon dalam enam kategori.

Siti Nordiana tercalon dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular, Pengacara TV Popular, Artis Versatil Popular, Penyanyi Wanita Popular, Artis Kolaborasi Popular bersama Aliff Satar dan Lagu Paling Boom.

Edisi kali ini turut mengejutkan peminat apabila nama Ayda Jebat tiada dalam mana-mana kategori pencalonan Top 5.

Ia menyebabkan peminat berasa kecewa dan seakan tidak percaya apabila penyanyi lagu Temberang ini tidak ‘sangkut’ walaupun dalam satu kategori.

“Tak apalah Ayda dan semua, Insya-Allah ada rezeki lain lepas ni. Mungkin bukan rezeki kali ini.
“Sedihlah AJ tak tercalon Top 5, tak pernah lagi dia ketinggalan, sedih sangat macam tak adil,” tulis pengikut di Instagram kelab peminat AJScreamer.


Nama Ayda Jebat tiada dalam mana-mana kategori pencalonan Top 5.

Bersesuaian dengan tema Melangkaui Sempadan, malam kemuncak ABPBH 32 akan disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 22 September depan, pukul 9 malam.

SENARAI TOP 5 ABPBH 32 – KATEGORI UTAMA
Artis Baharu Lelaki Popular:
Afieq Shazwan
Adam Lee
Iswan Ismail
Raja Atiq
Ryan Deedat

Artis Baharu Wanita Popular:
Aina Abdul
Amelia Henderson
Haneesya Hanee
Masya Masyitah
Sarah Suhairi

Pelakon Filem Lelaki Popular:
Fattah Amin
Remy Ishak
Syafiq Kyle
Zizan Razak
Zul Ariffin

Pelakon Filem Wanita Popular:
Delimawati
Erra Fazira
Hannah Delisha
Mira Filzah
Uqasha Senrose

Pelakon TV Lelaki Popular Alha Alfa:
Fattah Amin
Fendy Bakry
Izzue Islam
Remy Ishak
Syafiq Kyle

Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa:
Azar Azmi
Janna Nick
Mira Filzah
Siti Nordiana
Zahirah Macwilson

Penyanyi Lelaki Popular DuitNow:
Faizal Tahir
Haqiem Rusli
Khai Bahar
Sufian Suhaimi
Syafiq Farhain

Penyanyi Wanita Popular DuitNow:
Aishah
Ara Johari
Siti Nordiana
Stacy
Wany Hasrita

Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular:
Alif Satar & Siti Nordiana
Dayang Nurfaizah & Hael Husaini
Floor 88 & Baby Shima
Insomniacks
Khai Bahar & Fatin Husna

Artis Komedi Popular:
Jihan Muse
Jep
Mark Adam
Sherry Alhadad
Zizan Razak

Artis Versatil Popular:
Alif Satar
Janna Nick
Mira Filzah
Siti Nordiana
Zizan Razak

Pengacara TV Popular:
Alif Satar
Alvin Chong
Janna Nick
Mira Filzah
Siti Nordiana

Penyampai Radio Popular:
DJ Lin
Haziq
Johan
Muaz
Radin

Artis Indonesia Popular:
Afgan
Bunga Citra Lestari
Cakra Khan
Judika
Laudya Cynthia Bella

Artis Korea Popular:
Blackpink
BTS
EXO
G Dragon
GOT7

KATEGORI ONLINE
Artis Sensasi Popular:
Bella Dally
Elfira Loy
Haqiem Rusli
Nazim Othman
Zul Ariffin

Gandingan Serasi Drama Popular:
Fikry Ibrahim & Farah Nabilah (Cik Reen Encik Ngok Ngek)
Remy Ishak & Mira Filzah (Lelaki Kiriman Tuhan)
Syafiq Kyle & Amyra Rosli (Nur)
Remy Ishak & Mira Filzah (Pujaan Hati Kanda)
Syafiq Kyle & Zahirah Macwilson (Tak Ada Cinta Sepertimu)

Gandingan Serasi Filem Popular:
Fattah Amin & Syamsul Yusof (KL Special Force)
Syafiq Kyle & Hannah Delisha (Langsuir)
Zizan Razak & Shaheizy Sam (Polis Evo 2)
Hairul Azreen & Ammar Alfian (Paskal)
Remy Ishak & Mira Filzah (Rise Ini Kalilah)

Pelakon Watak Antagonis Popular:
Azar Azmi
Azhan Rani
Reen Rahim
Shukri Yahaya
Syazwan Zulkifli

Lagu Paling Boom:
Andi Bernadee (Satu Peluang)
Haqiem Rusli (Selamat Tinggal Sayang)
Sufian Suhaimi (Di Matamu)
Khai Bahar & Fatin Husna (Rahsia Kita)
Siti Nordiana (Hatiku Milikmu)

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Catatan Terakhir

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم