Pasukan SAR temui mayat wanita kulit putih di kawasan pencarian Nora Anne

Pasukan SAR temui mayat wanita kulit putih di kawasan pencarian Nora Anne

Pasukan SAR menemui mayat seorang individu di kawasan pencarian remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, di Gunung Berembun berhampiran sebuah resort di Pantai, Seremban, hari ini, lapor Harian Metro.

Pasukan SAR temui mayat wanita kulit putih di kawasan pencarian Nora Anne
Pasukan SAR temui mayat wanita kulit putih di kawasan pencarian Nora Anne

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop mengesahkan penemuan mayat itu pada jam 1.57 tengah hari tadi di mana mayat yang ditemui itu adalah mayat wanita berkulit putih.

ARTIKEL MENARIK:


Namun, pihak polis belum dapat mengesahkan lagi identiti mayat berkenaan dan lokasi penemuan mayat itu kira-kira dua kilometer dari lokasi remaja itu dilaporkan hilang.


Terdahulu, Nora Anne dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya sejak 4 Ogos lalu selepas mendapati remaja itu tiada di dalam bilik penginapannya di sebuah resort di Pantai.



loading...

Difahamkan, remaja OKU yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarganya di Malaysia pada 3 Ogos untuk bercuti selama dua minggu.


Polis akan mengadakan sidang media berhubung penemuan mayat itu pada petang ini.


Sumber: Harian Metro via The Reporter



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post