Masih Ingat Cik Puan Julia Rais? Lama Menghilangkan Diri, Perginya Tanpa Khabar.

Masih Ingat Cik Puan Julia Rais? Lama Menghilangkan Diri, Perginya Tanpa Khabar.

Begitu lama tak mendengar khabar Cik Puan Julia Aishah Abdul Rais semenjak wanita jelita berusia 46 tahun itu menyepikan diri. Wanita kelahiran Kota Bharu, Kelantan tersebut mula dikenali sebagai model iklan televisyen, seterusnya sebagai aktres filem Mira Edora, Isabella dan Suci Dalam Debu lewat penghujung 80-an serta awal 90-an.


Masih Ingat Cik Puan Julia Rais? Lama Menghilangkan Diri, Perginya Tanpa Khabar.
Masih Ingat Cik Puan Julia Rais? Lama Menghilangkan Diri, Perginya Tanpa Khabar.

Hakikatnya bukan mudah menjejaki Cik Puan yang berdarah campuran Melayu-Britain itu. Tapi sepanjang tempoh ‘kehilangan’ beliau selama hampir 26 tahun, tanpa disedari tiga orang puteri-puterinya juga kini semakin meningkat dewasa.

ARTIKEL MENARIK:


Keluarga Besar Tuanku Sultan Pahang 



Untuk anda yang tidak tahu, Sultan Abdullah Sultan Hj Ahmad Shah mempunyai 10 orang cahaya mata. Hasil perkahwinan Baginda bersama Tunku Azizah Aminah Maimunah pasangan diraja ini dikurniakan enam cahaya mata.

Walaubagaimanapun, putera sulung baginda berdua,Yang Mulia Tengku Ahmad Iskandar Shah yang dilahirkan pada 24 Julai 1990 mangkat pada hari yang sama. Pasangan diraja ini juga mempunyai seorang anak angkat lelaki iaitu Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibrahim bin Tengku Arif Bendahara Ibrahim yang merupakan anakanda bongsu kepada Tengku Arif Bendahara Ibrahim dan isteri ketiga, Czarina binti Abdullah

3 Puteri Diraja Ini Warisi Kecantikan Bonda

Sultan Abdullah juga mempunyai isteri kedua yang juga pelakon veteran terkenal, Cik Puan Julia Rais. Nama Julia Rais sering kali menjadi perhatian suatu ketika dahulu menerusi drama yang dilakonkannya.

Hasil perkahwinan baginda bersama Julia Rais, baginda dikurniakan 3 puteri yang sama cantik seperti bonda mereka. Perkenalkan, Yang Mulia Tengku Puteri Iman Afzan, Tengku Ilisha Ameera dan Tengku Ilyana Tengku Abdullah

Ke Mana Julia Rais?



Di mana gerangan menghilangnya pelakon veteran popular Yang Amat Berbahagia Cik Puan Julia Aishah Binti Abdul Rais atau lebih kenali sebagai Julia Rais Pelakon berwajah Pan Asian ini yang sudah tidak lagi muncul di dunia seni semenjak bertahun lamanya. Beliau sangat terkenal pada era awal 1990-an dan mula mencipta populariti pada lewat tahun 1980-an.

Pada tahun 1990 hingga 1992, beliau muncul dalam beberapa buah filem seperti watak tambahan sebagai wartawan wanita, Nina, dalam filem Hati Bukan Kristal arahan Raja Ahmad Alauddin dan juga pelakon utama dalam filem cereka komedi Driving School arahan Othman Hafsham, filem cereka cinta Mira Edoraarahan Zulkifli M. Osman, Nadia arahan Rahman Adam dan yang terakhir Suci Dalam Debu arahan Zulkeflie M. Osman.



loading...

Selepas Driving School, Julia Rais terus melangkah dan mewarnai dunia filem dan drama bukan sahaja tempatan tetapi menarik minat produksi dari seberang untuk sebuah filem usahasama.

Filem Isabella yang juga menampilkan Amy dan Search, turut dibintangi aktres dari Indonesia Nia Zulkarnain. Walaupun terdapat pertikaian untuk watak utama sebagai Isabella yang dirasakan lebih layak digalas Julia Rais namun pihak produksi mahukan heroinnya dari Indonesia setelah heronya diberi kepada pelakon Malaysia iaitu Amy Search.

Watak sampingan yang dibawa oleh beliau tetap mendapat perhatian hinggakan ada yang memberi komen positif dan menyifatkan Julia lebih menyerlah berbanding heroin filem tersebut, Nia.

Filem terakhir yang dilakonkan sebelum mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari dunia perfileman tanahair adalah filem yang menggabungkan beliau bersama Sidi Oraza dan Kumpulan Iklim, Suci Dalam Debu.



Selepas filem ini nama Julia Rais terus tenggelam dan lenyap begitu sahaja. Seingat saya selepas pernah hangat digossipkan mempunyai hubungan rapat dengan pelakon Susan Lankester, akhirnya Julia Rais
dipertemukan jodoh dengan Tengku Mahkota Pahang (kini Tuanku Sultan) dan kini bahagia bersama anak-anak mereka.

Banyak Speku

Pelbagai spekulasi kedengaran sejak Julia menyepikan diri dari dunia lakonan dunia lakonan, lagi-lagi dia khabarkan sudah menjadi isteri kepada Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada tahun 1993 iaitu kini Sultan Pahang keenam.

Seperti yang dicatat dalam Wikipedia, hasil perkahwinannya dengan Tengku Abdullah, beliau telah dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu Tengku Puteri Iman Afzan,  Tengku Puteri Illisha Amira dan Tengku Puteri Ilyana.

Namun apa yang menghairankan, kelibat Julia tidak kelihatan sewaktu majlis pernikahan dan persandingan puteri sulungnya Tengku Puteri Iman Afzan dengan Yang Mulia Tengku Abu Bakar Ahmad Bin Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah pada 24 Ogos 2018.




Diam tak diam, sudah 26 tahun Julia hilang daripada radar dunia hiburan dan macam-macam versi cerita tersebar, tetapi tiada siapa yang dapat mengesahkannya. Berikut beberapa andaian atau rumor yang menjawab tentang kehilangan Julia Rais yang kami cuba rangkumkan.

Berhijrah ke London

Ada rumor mengatakan, selepas berkahwin dengan Tengku Abdullah, Julia terus menetap bersama suaminya di England dengan 3 orang cahaya mata hasil perkahwinan mereka.  Malah ke semua putera baginda bersekolah di United Kingdom termasuk ketiga-tiga puteri Julia.

Pilih Tinggal Bersama Ibu Kandung

Ada khabar angin mendakwa Julia sudah berpisah dengan suaminya dan memilih untuk tinggal bersama-sama ibunya yang merupakan seorang warga Britain di United Kingdom.

Sebenarnya ketika dia tinggal di Malaysia, Julia menetap di Damansara Jaya bersama bapa dan ibu tirinya. Namun  tiada siapa yang dapat mengesahkannya kesahihan berita ini.

Dikawal Ketat

Hasil perkahwinan Julia Rais dengan Tengku Abdullah, beliau telah dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu Tengku Puteri Iman Afzan, Tengku Puteri Illisha Amira dan Tengku Puteri Ilyana.

Ada sumber mengatakan, kehidupan Julia Rais dikawal ketat selepas menjadi sebahagian kerabat diraja. Serba-serbinya mengikut adat istiadat diraja. Tiada sesuatu pun boleh dilakukan sesuka hati dan kebebasan terkawal.

Jadi ramai yang percaya bahawa ini antara satu sebab mengapa Julia terus menyepikan diri dari dunia lakonan



Semua yang diperkatakan terus tinggal menjadi tanda-tanya. Masih lagi tiada jawapan ke manakah hilangnya pelakon yang menjadi pujaan ramai orang pada suatu ketika dahulu. Teringin nak lihat wajahnya yang terkini!

Sumber Y150.org & AS via Kicap Pedas



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post