Lelaki berusia 25 tahun dari Guangxi, China, memperdaya sepupunya untuk melakukan hubungan intim dengan menawarkan bayaran 1,000 Yuan (RM592) dan sepupunya pun bersetuju.
Lelaki perdaya sepupu RM592 untuk lakukan hubungan intim, tetapi dibunuh bila mangsa minta bayaran |
Pada 2 Jun 2019, suspek mempelawa sepupunya beruysia 15 tahun datang ke rumahnya untuk bermain.
ARTIKEL MENARIK:
Selepas itu, suspek meminjam motosikal rakan dan membawa mangsa ke kawasan padang rumput di belakang sebuah gunung dan melakukan hubungan intim seperti yang dipersetujui mereka berdua.
Setelah mereka melakukan perbuatan terkutuk itu, mangsa menuntut suspek membayar wang yang dijanjikan itu beberapa kali. Tetapi suspek menegaskan dia tidak mempunyai wang kerana dia berhutang dengan ceti haram.
Berang dengan mangsa yang kerap menuntut bayaran itu, suspek mencekik sepupunya sehingga mati dan mayat mangsa disembunyikan di dalam gua sebelum suspek lari ke Bandar Liuzhou.
loading...
15 Ogos, seorang penduduk kampung melalui kawasan gua itu terjumpa mayat mangsa, terus menghubungi pihak polis.
Anggota yang tiba di tempat kejadian memeriksa mayat mangsa dan percaya remaja itu telah meninggal dunia lebih kurang dua hingga tiga bulan, berdasarkan keadaan mayatnya.
Oleh kerana mayat mangsa sudah mereput, polis tidak dapat mengenal pasti identiti mangsa. Pihak polis hanya dapat menggunakan rambut dan pakaian mangsa untuk membuat pemeriksaan pada video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebatang jalan berhampiran dengan gua itu.
Tengah hari keesokan harinya, polis menahan seorang lelaki di rumah sewanya di Liuzhou. Selepas ditangkap, suspek mengaku membunuh dan membuang mayat sepupunya.
Kes itu kini dalam siasatan polis.
Sumber: Sin Chew Daily, World of Buzz via The Reporter
Post a Comment