Kes Syed Muhammad Danial: Suspek utama disambung reman, isterinya dibebaskan

Kes Syed Muhammad Danial: Suspek utama disambung reman, isterinya dibebaskan

Tempoh tahanan reman lelaki yang terbabit pergelutan berpunca daripada kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan seorang lelaki lain maut yang tamat hari ini, disambung lima hari lagi sehingga Khamis.

Kes Syed Muhammad Danial: Suspek utama disambung reman, isterinya dibebaskan
Kes Syed Muhammad Danial: Suspek utama disambung reman, isterinya dibebaskan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat dalam satu kenyataan berkata isteri suspek bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman tamat.

ARTIKEL MENARIK:


Dalam kejadian pukul 1.40 petang pada 10 Ogos lepas, Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29, maut setelah berlaku perselisihan faham dalam kemalangan kecil di Kilometer 239 Lebuhraya Utara Selatan, Kajang, berhampiran susur Bandar Baru Bangi.

loading...

Akibat kemalangan itu, polis menahan sepasang suami isteri, masing-masing berumur dalam lingkungan awal 40-an dan lewat 30-an bagi membantu siasatan.


Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dengan niat.


- Bernama

Kredit : The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post