KE3JADIAN lif meluncur ke bawah di Blok C, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, Kuala Lumpur semalam diharap dapat membuka mata pihak berkaitan terhadap ma@salah lif kritikal yang dihadapi penduduk.
Ini suasana terkini yg berlaku di PPR Kg Kerinchi Selepas LIFTerhemp4s |
Pengerusi Penduduk Blok C PPR Kerinchi, Yusoff Ibrahim, 69, berkata, sudah banyak aduan dibuat penduduk mengenai ke3rosakan lif kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
ARTIKEL MENARIK:
Namun katanya, tindakan diambil disifatkan sebagai penyelesaian sementara bukan untuk jangka masa panjang.
“Kita gesa, ke3jadian semalam pihak berkaitan buka mata, masalah lif di sini serius, penduduk bersyukur tiada yang menjadi ko0rban semalam.
“Lif selalu rosak, bila buat aduan ada pihak datang baiki namun rosak balik, pernah juga ketiga-tiga lif rosak, terpaksa menggunakan tangga, kita minta ada tindakan lebih proaktif selepas ini.
“Kita minta semua lif diganti baharu, lif di sini sudah berusia lebih 10 tahun, kemudian buat jadual pe3nyelenggaraan berkala,” katanya ketika ditemui hari ini.
Sementara itu penduduk, Raihan Abdul Rahim, 70, berkata, sebelum ini dia memegang kunci lif yang akan digunakan untuk membuka pintu apabila lif tersekat.
“Namun kunci itu sudah diambil semula DBKL atas alasan menggantikan sistem lif yang baharu dan tidak diberi semula sehingga sekarang.
“Bila ada wakil atau ketua blok pegang kunci, senang kita nak bertindak apabila ada ke3jadian tersekat dalam lif. Selepas kejadian semalam, ada penduduk fobia menggunakan lif,” katanya.
Penduduk, Roszimi Mohd Rozali, 51, berkata, mereka tidak mahu ada nya@wa k0orban akibat masalah lif di situ.
loading...
“Kalau lif ini boleh bercakap, pasti dia beritahu dia sudah tidak larat, lif sini sudah wajib ditukar tidak boleh dibaiki lagi, saya sendiri pernah tersekat dalam lif beberapa kali.
“Tolonglah buka mata, tengok sendiri betapa serius masalah lif di sini, kami mahu penyelesaian segera dan penyelesaian jangka panjang, jangan sampai ada korban nya@wa,” katanya.
MA4NGSA CERITA DETIK-DETIK MACAM MANA TERJADI
Salah seorang yang terlibat tetapi tidak mengalami keced3raan, Ahmad Shahid Imran, 24, berkata, dia bersyukur kerana sempat memegang panel butang lif ketika ia sedang terh3mpas ke bawah.
Menurut Ahmad, ketika kejadian, penduduk baru pulang dari solat Jumaat dan menaiki lif untuk ke tingkat atas. Setibanya di tingkat lima, pintu lif terbuka dan secara tiba-tiba terhempas ke bawah.
“Ketika itu, keadaan kelam kabut kerana pintu lif tidak tertutup dan kami yang berada di dalam lif menjerit ket4kutan.
“Selepas terhemp4s, ada yang tidak boleh bangun termasuk seorang kanak-kanak dan OKU.
“Saya bersyukur kerana tidak mengalami sebarang keced3raan serius. Selepas membantu semua yang terlibat, saya pulang ke rumah,” katanya yang turut mengatakan kejadian itu merupakan kejadian kedua yang berlaku di PPR tersebut.
Video Player
00:10
p/s: Semoag apa yang berlaku semalam dapat membuka mata pihak berwajib
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
sumber: hmetro via tubeviral
Post a Comment