Selalu orang kata cinta itu buta, tetapi kali ini bukan cinta yang buta, mungkin lelaki ini yang buta kerana sanggup menceraikan isterinya semata-mata untuk hidup bersama dengan kekasih hatinya yang merupakan seorang transgender.
Cerai Isteri Untuk Kejar Cinta & Berkahwin Dengan Kekasihnya Seorang Mak Nyah |
Menurut laman portal Tribunstyle, seorang lelaki bernama Sigit yang sebelum ini sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak, memilih untuk menjalinkan hubungan dengan mak nyah yang merupakan seorang ‘Youtuber’ itu kerana mengakui lebih selesa.
ARTIKEL MENARIK:
Kisah cinta sejati hubungan sejenis antara Sigit dan pondan yang dikenali sebagai Stasya itu mendapat perhatian netizen, lebih-lebih lagi kaum pondan yang lain memuji hubungan cinta mereka berdua yang dikatakan sangat ikhlas.
Ingatkan Sigit sekadar menjalinkan hubungan intim sahaja, rupa-rupanya dia telah memasang niat untuk berkahwin dengan ‘teman wanitanya’ yang telah tiga tahun dikenalinya.
loading...
Menurut Sigit, dia menceraikan isterinya kerana dia tidak mahu lagi memiliki anak dan cukup kini anaknya cuma seorang sahaja.
Sigit juga menjelaskan hubungan bekas isterinya dan Stasya sangat baik sekali, bagaikan teman rapat kerana selalu menghabiskan masa bersama seperti bercuti dan membeli belah.
Bukan itu saja, jika Sigit dan Stasya bergaduh, bekas isterinya akan membantu memulihkan semula hubungan, dengan memujuk Stasya untuk berbaik dengan Sigit. Pening arrr…
Kredit : Hoiviral
Post a Comment