Zuriat, ini rezeki yang ditunggu tunggu oleh pasangan suami isteri terutama yang baru berkahwin. Untuk mendapatkan anak ada yang senang dan ada pasangan terpaksa menunggu bertahun tahun untuk menimang cahaya mata.
Bayi Baru Lahir Ini Ditinggalkan Di Sebuah Surau Dengan Sekeping Nota Sehingga Menjadi Tular Di Media Sosial |
Kes buang bayi dalam Malaysia ini adalah berita biasa kerana ianya selalu terjadi. Kisah bayi yang baru usia sehari ini menyentuh hati netizen kerana sepucuk surat yang ditinggalkan oleh ibunya ketika meninggalkan bayi dia di sebuah surau. Mari baca artikel dari suratkhabar tempatan Harian Metro.
ARTIKEL MENARIK: Bukan setakat Jelita, malah bijak. Ini puteri-puteri raja Pahang
“TOLONG jaga atau letakkan di rumah anak yatim. Saya minta maaf kerana tidak dapat jaga dia.”
Demikian sebahagian kandungan nota yang ditemui bersama seorang bayi lelaki di sebuah surau di Taman Subang Perdana, Sungai Buloh, semalam.
Bayi yang ditinggalkan di sebuah surau itu disedari kariah surau berkenaan kira-kira 6 pagi.
Difahamkan, bayi berbaju biru dan diselimuti kain pelikat itu sedang lena tidur dan ditinggalkan di pintu masuk surau berkenaan.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, penduduk tempatan yang menemui bayi lelaki itu menghubungi Balai Polis Kampung Baru Subang.
“Siasatan awal mendapati, bayi berkenaan tidak mempunyai sijil kelahiran dan usianya dipercayai sehari.
loading...
“Pemeriksaan tali pusat bayi berkenaan mendapati tali pusat sudah dipotong,” katanya.
Shafa’aton berkata, pemeriksaan awal pegawai perubatan dari Hospital Sungai Buloh di tempat keja@dian mendapati fizikal bayi dalam keadaan normal dan stabil.
“Bayi berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan lanjut.
“Pemeriksaan di tempat kejadian dapati tiada kamera litar tertutup (cctv). Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Kese3ksaan,” katanya.
p/s: Semoga bayi ini mendapat perlindungan yang sewajarnya. Bayi ini tidak bersalah, Allahu tergamak ibunya melakukan perkara ini
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
Sumber : Harian Metro Online via tubeviral
Post a Comment