Di sebalik dunia nyata, sudah menjadi kepercayaan segelintir masyarakat yang mendakwa wujud alam buni4n yang terselindung di sebalik pandangan manusia.
Baru Sehari Ma-y4t N0ra Anne Ditemui, Penduduk Dedah Sesuatu “Tempat Tu Memang Banyak Kampung Bunian” |
Mukim Pantai yang mempunyai 15 kampung dan berada di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng turut dipercayai mempunyai penempatan buni4n.
ARTIKEL MENARIK:
Malah di kampung terbabit juga sering dikaitkan dengan kejadian orang sesat atau hilang sewaktu mendaki Gunung Berembun yang tidak jauh dari Pekan Pantai.
Penduduk mendakwa cerita tersebut disampaikan dari generasi ke generasi dan kebanyakan penduduk asal mengetahuinya namun Shaari Md Arshad, 71, berkata, mereka tidak tahu lokasi sebenar ‘kampung’ itu.
” Dengarnya terdapat banyak kawasan (kampung). Itu cerita orang tua dulu dan kita pun tidak ada bukti tapi kalau tanya mana-mana penduduk di sini, mereka tahu.
” Ada juga kawasan yang tempatnya keras, kita tak boleh masuk sampai sekarang iaitu di Batu 7. Banyak yang cuba masuk untuk ambil harta-karun di situ tapi ada saja halangan,” jelasnya kepada Sinar Harian di sini.
Tambahnya, lebih meyakinkan penduduk apabila ada seorang penduduk di situ yang mengaku berkahwin dengan orang buni4n.
” Saya masih ingat namanya Ajis dan sekarang sudah meningg4l duni4. Orangnya tak cakap banyak tapi sering hilang dalam tempoh lama.
loading...
” Bila ditanya, katanya pergi jumpa anak sehingga keluarga terpaksa mengurungnya di rumah supaya tidak hilang lagi,” kata beliau.
Terdapat juga cerita lain bahawa penduduk yang ingin membuat kenduri kahwin akan pergi ke kawasan jeram tidak jauh dari Kampung Kolam Air untuk ‘meminjam’ pinggan mangkuk.
” Keesokannya pinggan mangkuk itu akan didapati di situ. Khabarnya lama-kelamaan tidak ada lagi sebab penduduk tidak memulangkan semula pinggan yang pecah.
” Macam-macam cerita lagi, ada juga pemandu bas yang nampak orang berarak ramai-ramai seperti ada kenduri kahwin tetapi sebenarnya tidak wujud,” katanya.
Laluan ke Kampung Kolam Air yang juga ke Gunung Berembun.
Oleh sebab itu katanya, kehilangan N0ra Anne Quoirin selama 10 hari menimbulkan persoalan penduduk kerana hilang dalam tempoh lama, seperti ada yang ‘menyimpan’.
Shaari memberitahu, jika kes melibatkan pendaki Gunung Berembun, ia sudah menjadi perkara biasa namun boleh dikesan dalam tempoh beberapa jam.
Dalam pada itu, Imam I Masjid Kariah Pantai, Kahar Sukin, 73, yang juga penduduk asal di situ turut mengakui mendengar cerita wujud perkampungan buni4n di kawasan Pantai.
” Itu cerita orang tua dulu-dululah yang disampaikan dari mulut ke mulut. Betul atau tidak, saya tak dapat pastikan.
” Katanya bila pinggan yang dipinjam daripada ‘mereka’ pecah tapi tidak dipulangkan, itu yang ‘dia’ marah. Lagipun ada kawasan jeram di situ dan banyak orang bayar nazar,” jelasnya.
Bagaimanapun, tambahnya, sebagai orang Islam cerita tahyul dan perbuatan khurafat seperti itu tidak seharusnya dipercayai tetapi jika alam ghaib memang disebut dalam al-Quran.
Tok Batin Kampung Kolam Air, Ali Ngongor, 56, memberitahu, mereka juga percaya yang wujud perkampungan buni4n di kawasan berkenaan, namun tidak pasti lokasinya.
” Alam kita tidak sama dengan dengan alam ‘dia’, kalau tidak sudah tentu kita tahu dekat mana (kampung buni4n).
” Berkenaan orang cakap kerap berlaku kejadian mistik di sini, sudah tentulah sesiapa yang sesat mendaki Gunung Berembun tak dapat dicari, tapi jumpa juga,” katanya.
Ali berkata, walau apa sahaja cerita yang timbul, dia berharap ia tidak akan menjejaskan orang ramai untuk mengunjungi kawasan itu.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Viral Network
Sumber: sinarharian via tubeviral
Post a Comment