Seorang lelaki di Indonesia baru-baru ini ditahan kerana didakwa merogol anak perempuannya kira-kira 50 kali sejak 2015.
Bapa rogol anak dibelasah banduan lain yang benci dengan perbuatannya |
Kali terakhir mangsa dirogol ketika suspek, Sugeng Slamet, menyewa bilik di sebuah hotel untuk melakukan perbuatan terkutuk itu.
ARTIKEL MENARIK:
Bagaimanapun, mangsa berjaya meloloskan diri dari lelaki durjana itu lalu segera membuat laporan polis yang membawa kepada penangkapan suspek.
Ketika ditahan polis, suspek mengaku dia gemar menonton video lucah yang membuatkan nafsunya tidak terkawal dan akhirnya menjadikan anak perempuannya sendiri hasil dari perkahwinan keduanya, sebagai tempat untuk melampias nafsu.
Difahamkan, Sugeng pernah berkahwin dengan empat orang wanita dan kesemua perkahwinannya itu terkandas di tengah jalan.
loading...
Sugeng dijatuhkan hukuman penjara dan ketika berada di penjara, beberapa rakan banduan mengetahui punca Sugeng dipenjarakan.
Banduan yang terdiri dari pencuri motosikal dan terlibat dalam keganasan tidak menggemari banduan yang merogol darah daging sendiri, bertindak membelasah Sugeng selama beberapa jam.
Sugeng mengalami kecederaan dan pihak penjara terpaksa memindahkan dia ke bilik tahanan yang lain.
Sumber: Coconut Jakarta via tubeviral
Post a Comment