Akhirnya Shaarnaz Ahmad Bersuara Tentang Dkwaan Rumahtangga Di Ambang Perpisahan

Akhirnya Shaarnaz Ahmad Bersuara Tentang Dkwaan Rumahtangga Di Ambang Perpisahan

Terkini, pelakon Sharnaaz Ahmad menjelaskan beliau tidak bersedia untuk menjawab segala persoalan membabitkan rumah tangganya yang didakwa di ambang perpisahan.

Akhirnya Shaarnaz Ahmad Bersuara Tentang Dkwaan Rumahtangga Di Ambang Perpisahan
Akhirnya Shaarnaz Ahmad Bersuara Tentang Dkwaan Rumahtangga Di Ambang Perpisahan

Sharnaaz memberitahu, dia bimbang jika kenyataan yang diberikan akan memudaratkan lagi keadaan.

ARTIKEL MENARIK:


“ Buat masa sekarang saya betul-betul belum bersedia untuk bercakap mengenai perkara ini. Saya takut jika kenyataan yang bakal dikeluarkan nanti akan memudaratkan lagi keadaan,” katanya.
Menurutnya, dia mengakui sebelum ini sering terbuka untuk bercakap mengenai semua perkara namun kali ini ia membabitkan keluarga dan anaknya, Jebat Jayden.
“ Ini soal keluarga jadi saya tak nak cakap lebih kerana bimbang akan menjejaskan kedua belah pihak dan anak.
“ Tidak dinafikan, hari ini saya dihujani panggilan telefon dan mesej yang ingin mengetahui mengenai perkara ini,” katanya.
Terdahulu sebuah portal melaporkan isteri Sharnaaz , Noor Nabila Mohd Noor, memfailkan perceraian apabila memuat naik sekeping foto dipercayai Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta, di Instagram Story miliknya.
Malah, wanita berkenaan juga didakwa memuat naik status yang dikatakan menguatkan lagi spekulasi dirinya berdepan masalah rumah tangga.

loading...

Biarpun berdepan ujian hidup yang berat, Sharnaaz tetap mengambil kesempatan untuk memberikan ucapan ulang tahun buat anak tercintanya.
“ Hari ini hari jadi anak saya. Saya nak ucapan Selamat Hari Lahir buat Jebat,” katanya.
Sebelum ini, perkahwinan antara Sharnaaz dan Nabila dikatakan pernah berdepan masalah. Namun, perhubungan mereka dilihat semakin pulih, sejak Februari lalu.
Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Jebat Jayden, pada Ogos tahun lalu.
Sementara itu adik ipar Shaarnaz iaitu Neelofa ketika ditemui berkata, dia sudah bersedia dengan segala persoalan yang bakal ditanya membabitkan rumah tangga kakaknya itu.
“ Saya tahu apa yang terjadi. Jadi sudah tentu orang akan bertanya akan hal ini,” kata pengacara Neelofa ketika mengulas gosip mengatakan kakaknya Noor Nabila Mohd Noor memfailkan perceraian terhadap pelakon Sharnaaz Ahmad seperti dilaporkan sebuah portal hiburan, hari ini.
“ Saya dan keluarga Nabila berkongsi rumah yang sama. Namun tidak adil untuk saya menjawab berkaitan isu ini.
“ Cuma nak orang tahu yang saya akan menyokong dan melindungi kakak dengan keputusan ingin dibuatnya selagi dia gembira.
“ Malah saya juga yakin yang ahli keluarga dan teman rapat akan turut bersama dengannya walau dalam keadaan dia susah atau senang,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran serum Advanced Genifique Lancome di Centre Court, Pavilion, Kuala Lumpur, hari ini.
Menurutnya, Nabila seorang wanita yang kuat dan berdikari meskipun dia tidak berkongsi masalah dihadapi kepada ahli keluarga.
“ Nabila sudah lalui banyak perkara dalam hidup. Apa yang boleh saya cakap dia seorang berdikari dan kuat.
“ Dia tidak mudah tunjuk apa yang terbuku dalam hatinya. Malah dia juga tidak akan berkongsi masalah dihadapi kepada ahli keluarga tapi ada bercerita dengan kawan,” katanya.
Namun katanya, teman Nabila adalah kawannya juga dan sudah pasti dia akan dapat tahu cerita peribadinya.
“ Apa yang boleh saya katakan, Nabila berhak menerima pasangan yang terbaik dari segi kehidupan kekeluargaan. Saya percaya Allah akan bantu dia,” katanya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Viral Network
Sumber: hmetro via tubeviral

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم