SIAPA tidak kenal pelakon berwajah Pan Asian ini yang popular sekitar tahun 90-an. Datin Maria Farida sentiasa mendapat julukan pelakon jelita, dan terus kekal awet muda walaupun akan meraikan usia 50 tahun pada tahun hadapan.
Tiada Istilah ‘Cucvk Muka’ — Datin Maria Farida |
Dia yang hadir ke studio dengan dihantar suaminya, hadir dengan wajah polos tanpa secalit mekap. Berkali-kali saya tanyakan kepadanya, apa yang dicalitkan pada wajahnya hari itu. Katanya, dia keluar rumah tanpa apa-apa pada wajah.
ARTIKEL MENARIK: “Memang level Edit TINGGl Sangat” – Netizen dapat spot persamaan baju yang PU Riz pernah pakai
Cermin mata hitam itu sajalah penyelamatnya. Kalau kamu melihat sendiri wajahnya secara dekat tanpa mekap, kamu pasti tidak percaya. Begitu mulus dan berkilau kulit wajahnya bagaikan sudah dilitupi bedak asas.
Semua orang minta InTrend tanyakan, apalah petua awet muda Maria Farida sehingga langsung tidak nampak dimamah usia?
Saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk jawab kerana saya memang tidak mempunyai amalan khusus. Percayalah, semua yang ada ini semula jadi. Malah, untuk penjagaan kulit pun saya tidak punya set produk lengkap.
Rutin jaga kulit saya cukup dengan mencuci muka dengan pencuci mekap yang berpelembap. Saya punya kulit sensitif, tiada produk yang sesuai dengan kulit saya.
Saya rasa apa yang saya miliki ini mungkin daripada faktor genetik ibu dan nenek kerana nenek saya pun masih nampak muda walau sudah lanjut usianya.
Tidakkah ibu dan nenek anda sendiri punya apa-apa petua yang diturunkan?
Tidak ada. Mereka juga seperti saya tidak amalkan apa-apa petua kecantikan seperti jamu dan lain-lainnya. Saya rasa apa yang penting adalah sentiasa rasa gembira dan jalani kehidupan yang sihat. Dan kecantikan itu akan datang dengan sendirinya.
Maka, murahlah kos kecantikan anda setiap bulan?
Ya, saya tidak belanja banyak untuk penjagaan diri. Untuk rawatan kulit pun, saya ditaja oleh MyClinic. Kebanyakan kosnya pun mungkin kepada penjagaan rambut. Ada jugalah saya ambil beberapa jenis suplemen tetapi itu pun kadang-kadang culas juga.
Bagaimana dengan penjagaan badan, bagaikan anak dara lagi susuk tubuhnya?
Saya sejenis yang kuat makan. Saya akan makan apa sahaja dan tiada pantang-larangnya. Cuma saya hadkan pengambilan nasi seperti sekali sehari. Yang lain-lain tu saya makan saja, terutamanya dessert.
Saya bertuah kerana sejak muda saya mempunyai kadar metabolisme yang tinggi, mungkin itu penyumbang kepada berat badan saya yang tidak berubah. Paling berat pernah saya alami adalah 55kg, itu pun dah rasa g3muk sangat.
Dan, sekarang berat saya sekitar 51kg. Saya juga tidak ke gimnasium. Mungkin, rutin harian saya yang sibuk dan selalu ke sana sini membuatkan saya mudah memb4kar lemak dan kalori yang ada.
loading...
Pernah atau tidak melakukan rawatan kecantikan estetik seperti suntikan botoks, kolagen dan sebagainya?
Saya tidak rasa frozen look itu cantik. Muka yang b3ngkak dan tidak nampak asli itu cantikkah? Saya tidak faham dengan orang yang buat-buat muka ini kerana ia nampak fake. Ada juga sesetengah netizen yang kata saya buat muka, kadang-kadang saya belek muka sendiri, bahagian manalah yang mereka nampak tidak asli itu?
Saya ini seorang yang p3nakut dengan jarum, memang mustahil untuk saya serahkan diri melakukan itu semua. Kalau mahukan wajah yang sempurna banyak lagi cara lain yang lebih selamat seperti melakukan facial exercise yang boleh diikuti menerusi YouTube.
Atau, lebih mudah, gunalah alat solek untuk menutupi kekurangan yang ada. Dengan solekan yang tepat, wajah bruk pun boleh jadi cantik.
Makna cantik bagi anda?
Seperti yang selalu dikatakan, ia perlu dimulakan dari dalam. Kalau hati penuh h4sad d3ngki, d3ndam, suka membanding-bandingkan diri sendiri dengan orang lain, maka hilang seri wajah itu. Bagi saya cantik itu banyak didorong oleh keyakinan diri. Sentiasa bahagiakan diri.
“Watak Kampung Tak Sesuai Untuk Saya” – Maria Farida
Wish There Were More Versatile Parts For ‘Celup’ Like Me” – Maria Farida
Kata Maria, wajahnya yang kacukan membuatkan dia kerap mendapat tawaran untuk melakonkan watak yang hampir sama.
“People always ask me what mix am I. I am Filipina/Malay. And since the time I was small, I always thought I was like everyone else.
“Turns out being ‘celup’ had its pros and cons. Having a pan Asian look opened door for me in the modelling world, and the movie industry.
“But at the same time stereotyped me into playing certain parts only, meaning I couldn’t do any kind of village girl parts.
“Not really complaining, but wish there were more versatile parts for ‘celups’ like me. Still… Am totally grateful for everything that has come my way! And hopefully more in the near future,” tulisnya
“Ramai yang bertanya saya kacukan apa, sebenarnya saya Melayu filipina dan sejak kecil saya ingatkan diri saya seperti orang lain”
Pelakon Datin Seri Maria Farida berharap ditawarkan watak yang lebih “versatile” dan bukan watak kampungan yang langsung tidak sesuai dengan perwatakannya.
Celup ada kekurangan dan kebaikan
“Menjadi “celup” sebenarnya mempunyai kebaikan dan keburukan. Mempunyai wajah asia membuka banyak peluang kerjaya untuk diri saya dalam dunia peragaan dan perfileman. Namun, saya tidak boleh memegang watak kampungan kerana tidak sesuai dengan perwatakan saya selama ini.
“Saya bukan mahu mengeluh, cuma saya berharap akan ada lebih banyak watak lebih sesuai untuk kacukan seperti saya. Namun, saya tetap bersyukur dengan apa yang saya miliki sekarang, cuma saya mahukan sesuatu yang lebih menarik pada masa hadapan,” tulisnya di Instagram.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
sumber: astrogempak via tubeviral.bbn.my
Post a Comment