Subhanallah, Satu Fenomena Istimewa Akan Terjadi Di Kaabah Pada 16hb Julai ini

Subhanallah, Satu Fenomena Istimewa Akan Terjadi Di Kaabah Pada 16hb Julai ini

Fenomena ini terjadi pada waktu musim Haji, sesungguhnya siapa yang berada di Tanah Suci Mekah ketika itu amat lah beruntung. Mari baca fenomena apakah itu.

Subhanallah, Satu Fenomena Istimewa Akan Terjadi Di Kaabah Pada 16hb Julai ini
Subhanallah, Satu Fenomena Istimewa Akan Terjadi Di Kaabah Pada 16hb Julai ini

Pada 16 Julai jam 05:28 petang, matahari akan istiwa’ atau berada tepat di atas Kaabah yang merupakan kiblat bagi umat Islam di seluruh dunia. Fenomena ini merupakan kali kedua berlaku di dalam tahun ini selepas yang pertama pada 28 Mei 2019 yang lalu.

ARTIKEL MENARIK: Selepas wanita ini Pakai Kasut, Bawa Anjing Berlari Lari Dalam Masjid. DMI akhirnya bersuara


Pada ketika kejadian, bayang-bayang sinaran Matahari bagi semua objek tegak yang ada di permukaan Bumi akan menghala ke arah Kaabah. Lakaran bayang-bayang objek tegak pada ketika dan tarikh itu boleh dijadikan sebagai panduan untuk semua pihak melakukan semakan arah kiblat yang sebenar. Ianya dilakukan bagi menentukan sama ada wujud sedikit perubahan ataupun tidak.
Berikut merupakan panduan semakan kibat daripada Jabatan Mufti Selangor :
1. Pastikan masa yang tertera pada jam adalah tepat mengiut waktu SIRIM. Sila hubungi 1051 untuk mendapatkan waktu sebenar.
2. Perhatikan objek tegak seperti tiang, tingkap ataupun pintu rumah yang disinari cahaya matahari.
3. Perhatikan bayang objek tegak yang terhasil pada jam 05:28 petang.
4. Buat unjuran garisan bayang objek tegak tersebut menghala ke arah matahari.
5. Garisan tersebut menunjukkan arah kiblat yang sebenar.
Sumber : Jabatan Mufti Negeri Selangor
Kredit : Siakap Keli

loading...

Subhanallah, fenomena ini amat berguna untuk semua. Semua umat islam mampu tengok arah sebenar di mana kiblat yang betul.
Semoga kita semua beroleh keberkatan. Jangan lupa kongsikan kepada kaum muslimin yang lain
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami 

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post