SUASANA hiba dan sebak menyelubungi pekarangan Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), semalam dengan kehadiran lebih 50 kenalan kepada Muhammad Hamadi Zakaria, 31, dan Nur Syuhadah Zaini, 31.
Suami Isteri Pergi Serentak. Infografik Jelas Menunjukkan Bagaimana Kejadian Ini Terjadi |
Terdahulu, pasangan suami isteri itu mening gal dunia selepas terbabit dalam kema langan membabitkan tiga motosikal di lorong motosikal Lebuhraya Persekutuan, jam 8.30 pagi.
ARTIKEL MENARIK: Di sebalik IG Oksana, Istana Kelantan akhirnya jelaskan siapa tengku mahkota yang sah
Ahli keluarga kedua-dua keluarga terbabit dilihat berkumpul di surau PPUM sementara menunggu proses bedah siasat dijalankan.
Ibu kepada Muhammad Hamadi, Halimah Mohd Isa, 60-an, kelihatan sugul dan menitiskan air mata di surau manakala suaminya Zakaria Tajudin, 60-an, sesekali dilihat mengesat air mata.
Bagaimanapun, kelibat dua anak pasangan terbabit iaitu Hana Safiyyah, 6, dan Hani Safina, 2, tidak kelihatan kerana difahamkan berada di rumah mereka di Seksyen 19, Shah Alam.
Halimah enggan ditemubual dan dilihat menangis kerana tidak dapat menahan kesedihan berikutan kehilangan anak serta menantunya.
Sementara itu, Zakaria ketika ditemui berkata, segala yang terjadi itu adalah ketentuan Yang Maha Esa.
“Terlalu sedih namun saya sekeluarga reda dengan kema langan yang mengorbankan nyawa anak dan menantu.
loading...
“Saya dan isteri akan berangkat mengerjakan ibadah haji, hari ini dan kedua-dua mereka sudah merancang untuk menghantar kami ke Kompleks Tabung Haji (TH), namun takdir Allah SWT mengatasi segalanya,” katanya.
Menurut Zakaria, anak dan menantunya menaiki motosikal setiap hari untuk ke tempat kerja.
“Inilah yang dinamakan ketentuan. Saya reda dengan apa yang berlaku,” katanya.
Difahamkan, kedua-dua jen4zah kemudian dibawa ke Madrasah Hidayah, Seksyen 11, Shah Alam sebelum dikebumikan di Tanah Perkubvran Islam Seksyen 21, semalam.
Suasana sayu. Moga Allah kurniakan jannah buat suami isteri arwah hamadi dan a@rwah syuhada. First time aku depan mata suami isteri pergi sekali. Anak-anak kecik lagi..
Arwah suami dan isteri ni terko0rban dalam k3emalangan di lorong motosikal di Federal Highway pagi tadi. Semoga kedua duanya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin..
Kredit : Mohd Nazrul
Sumber : HMETRO ONLINE via tubeviral
Post a Comment