Selepas Firman dakwa terima nasib sama seperti Aishah, Vida Akhirnya Buka Mulut

Selepas Firman dakwa terima nasib sama seperti Aishah, Vida Akhirnya Buka Mulut

Terkini usahawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza menggesa penyanyi Indonesia, Firman Siagian supaya tidak terikut-ikut rentak penyanyi Aishah berhubung da4kwaan hadiah berlian palsu.

Selepas Firman dakwa terima nasib sama seperti Aishah, Vida Akhirnya Buka Mulut
Selepas Firman dakwa terima nasib sama seperti Aishah, Vida Akhirnya Buka Mulut

Menurut Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida, hadiah subang berlian yang diberikan kepada pemenang tempat kelima program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) yang lalu bukan pa4lsu.

ARTIKEL MENARIK: Mawar akhirnya memberi pesanan terakhir ini buat anaknya


” Jadi Firman jangan beranggapan apabila Aishah kata palsu dia pun ingat palsu juga. Ya Allah… subang berlian tu bukan palsu. Saya menafikan sekeras-kerasnya.
” Saya minta dia jangan terikut-ikut nanti termalu sendiri. Itu memang berlian tapi tak ada sijil sebab kategori barang kemas perhiasan,” katanya kepada mStar.
Vida berkata tidak semua barang kemas bertatahkan berlian ada diberikan sijil tetapi boleh dibuat sekiranya diperlukan.
” Macam tiga lagi barang kemas diterima Aishah pun tak ada sijil melainkan dua butir berlian yang turut dipilihnya.
” Bila saya bagi Aishah peluang pilih berlian, tidak bermakna berlian lain palsu. Susah saya nak terangkan kepada mereka tak biasa pakai barang kemas berlian ni,” katanya.
Dalam pada itu, Vida berkata dia turut terkilan kerana jalan mudah yang diambilnya untuk menyelesaikan kemelut dengan Aishah membawa mas@alah kepada dirinya dan isu itu masih berpanjangan.
Malah katanya, dia melihat ada segelintir individu cuba mengambil kesempatan atas niat ikhlasnya itu untuk kepentingan diri sendiri.
” Saya nak permudahkan semua tapi niat ikhlas saya itu diambil kesempatan oleh orang lain pula.
” Saya bagi pilihan tapi jadi masalah pula… makin meleret leret apatah lagi ucapan terima kasih. Saya amat terkilan,” katanya.

loading...

Mengenai t1indakannya tidak membalas mesej Firman, Vida berkata dia menerima terlampau banyak mesej di aplikasi WhatsAppnya.
” Saya tak tahu pun dia mesej. Saya tak baca satu satu mesej sebab terlampau banyak.
” Jadi bila dah sini sana dok cakap dan media tulis pasal Firman barulah saya buka satu-satu mesej,” katanya.
Ditanya sama ada beliau akan membayar ganti rugi kepada Firman, Vida tetap mempertahankan ketulenan subang berlian itu.
” Kalau Aishah juara kata palsu dia pun ikut sama kata palsu. Itu bukan palsu.
” Saya minta dia (Aishah) serah balik tapi tak bagi-bagi pun. Saya check dengan lawyer dia masih tak bagi lagi semalam,” katanya.
Pada sidang media Rabu lalu, Vida menunjukkan lima jenis barang kemas pilihan Aishah sebagai ganti rugi kepada berlian palsu yang dimenangi penyanyi itu pada program Gegar Vaganza musim keempat lalu.
Lima jenis barang kemas bernilai RM80,000 itu terdiri daripada dua butir berlian dan tiga bentuk cincin termasuk sebentuk cincin lelaki.
Vida berkata berkata, dia berbesar hati memenuhi permintaan Aishah dan ia adalah atas persetujuannya sendiri.
Firman dakwa terima nasib sama seperti Aishah.
Kes itu itu berakhir dengan baik apabila Aishah menerima ganti barang kemas pada nilai yang sama seperti dijanjikan iaitu RM80,000.
“Kalau Aishah yang menjadi juara pun dapat berlian palsu, apatah lagi saya di tempat kelima… logiknya begitu.
“Tentu sahaja saya ingin menuntut hak yang sama,” katanya.
Tambah Firman, dia segera menghubungi Vida bagi bertanya mengenai kesahihan subang berlian yang diberikan kepadanya.
Detik kemenangan Aishah semasa GV4.
“Kalau palsu, saya juga harus tuntut benda yang sama. Jadi saya menghubungi Datuk Seri Vida menerusi Whatsapp.
“Tapi hingga kini dia tidak menghiraukan saya,” katanya.
Tambah Firman, dia terbuka untuk menyelesaikan isu ini dengan baik sekiranya hadiah subang berlian yang dikatakan bernilai RM30,000 itu juga palsu.
“Kalau hadiah saya ini palsu, saya minta diganti semula,” katanya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: mstar via tubeviral


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post