Tiada siapa pun akan gembira melihat rumah tangga yang dibina oleh rakan terdekat menghadapi masalah apatah lagi menjadi bualan orang ramai.
“Saya terkejut bila dia beri bayangan semasa kami berjumpa” – Kamal Adli |
Begitu juga dengan Kamal Adli yang turut terasa pedih tatkala melihat rakannya sendiri sedang mengharuungi masalah.
Tentunya ramai yang sudah mengetahui rumah tangga Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim sedang diIanda b4dai. Tiada siapa yang tahu apa sebenarnya berlaku dan wanita itu juga khabarnya sudah mendapatkan khidmat peguam bagi menyelesaikan kes mereka.
ARTIKEL MENARIK: VIDEO “Tidak Dapat Menahan Air Mata ” Fazura Menangis Kegembiraaan. Alhamdulilah atas nikmat ini
Sebagai orang yang rapat dengan Fizo, pastinya Kamal turut merasai keperiitan yang ditanggung oleh rakan baiknya itu. Tidak mahu masuk campur urusan mereka, ada pesanan yang dititipkan oleh Kamal buat semua.
Bila melihatkan Fizo sedang menghadapi masalah rumah tangga, apa benda pertama yang terlintas dalam fikiran?
KAMAL: Seboleh-bolehnya saya sendiri tak mahu masuk campur dalam urusan rumah tangga mereka. Apa yang terjadi biarlah mereka uruskan sendiri memandangkan mereka lebih mengetahui apa sebenarnya masalah utama. Sebagai orang luar, saya simpati. Cuma tak boleh nak mengulas lebih-lebih, bimbang mengeruhkan lagi keadaan.
Terkejut tak bila mendengarkan kisah rumah tangga mereka berantakan?
KAMAL: Memang saya terkejut bila dia memberikan bayangan semasa kami berjumpa sebelum ini. Bukan apa, semua orang ingat mereka pasangan bahagia seperti orang lain. Tak ada siapa pun tahu mereka menghadapi masalah dalaman. Tapi bila dia mengadu ada masalah, saya pun tak tahu nak bantu macam mana. Saya sendiri pun belum berkahwin, tak pandai sangat nak memberikan nasihat.
Maknanya Kamal sudah tahu awal sebelum kisah mereka tersebar?
KAMAL: Tahu tapi bukanlah tahu segala-galanya. Kami sering bermain bola bersama dan waktu itu juga dia ada bercerita. Tapi sebagai kawan, saya simpan sahaja kisah tersebut demi menjaga rahsia mereka. Saya ingatkan kes mereka dapat diselesaikan segera, rupanya terus tetap heboh. Tak mengapalah, biarlah mereka menyelesaikan masalah ini secara baik.
loading...
Apa pesanan untuk Fizo dan peminat?
KAMAL: Kalau boleh dalam fasa ini biarlah Fizo menyelesaikan masalah mereka dengan baik dan peminat pula usah menambah ‘barra’. Bila banyak sangat spekuIasi timbul, lagi banyak masalah berlaku. Sebaik-baiknya peminat mendoakan sahaja mereka dapat melalui fasa getiir ini dengan sebaik-baiknya. Apa sahaja keputusannya nanti, biarlah mereka yang menentukan sendiri.
Kamal pula macam mana? Sudah ada pengganti cinta lama?
KAMAL: Eh, belum lagilah. Saya sibuk dengan penggambaran drama dan tak ada masa pun nak mencari cinta. Kalau ada nanti saya beritahu.
Ikut rekod Kamal dan Fizo ni sudah lama berkawan. Berikut nukilan Fizo di ig beliau tentang keakraban mereka berdua
Kenal mamat ni masa 2007 dkat stage hero remaja 2007/2008.masa tu aku stuck main bola n team aku bubar sbb ada masalah financial.so xtau nak buat ape nak servive kat KL tu, sekali member hntr gmbr srh try msk contest hero remaja.masa tu aku mmg kg.com la.ckp KL pun bersepah bau budu.duit plak ckp2 makan je.lari bajet ckit cnfrm ikat perut.
Aku ngn kamal ni byk cerita sbnrnya.ye la zaman xde duit telur goreng sebiji pun boleh potong 2 janji sama2 blh merasa.igt lagi masa tgh g casting cari job.ke hulu ke hilir naik scooter je tak pun tong tong duit minyak naik kereta perodua kanccc aku yg pernah jd kebanggaan aku tu.
Baju seluar xpyah ckp la memang share2 je, melainkan boxer la.ape yg blh share jimat duit on jer..
Benda yg paling aku igt.mlm sebelum final, mencangkung dlm tandas aku potong rambut dia, nntah ape pesyen pun aku xtau bedal je jnji pendek.boleh tahan hensem la sbb dia menang no 1 n aku no 2.
Bdk kelantan n bdk pahang bru msk industri.alhmdllh job sana sni berlakon model emcee semua sebat jnji halal.
Lately ni aku slow skit bidang glemer ni sbb focus bisnes n aku sambung belajar insyallah target aku smpai ke PHD.teringin jugak tgk kwn baik aku ni jd hero pujaan ramai.tp rezeki Allah tu dia bg ape yg sesuai dgn kita sebenarnya.aku bangga ngn ko bro very komited shngga ko berjaya skng.bantu fmly smua.
Btw rindu plak zaman berlakon cter bionik ngn mamat ni. @kamaladli
Sape igt cter bionik dulu?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: Utusan VIA tubeviral.bbn.my
Post a Comment