“BERDO0SAKAH kalau orang tua dan tak kacak macam saya berjodoh dengan orang muda dan cantik?”.
“Salah ke lelaki tua jodoh perempuan muda” Ebby Yus akhirnya bersuara |
Itu luahan pelakon dan pelawak, Ebby Yus, 55, apabila foto ‘perkahwinan’ yang menunjukkan dia bersama pelakon dan penyanyi, Zizi Kirana lengkap dengan busana pengantin tular di media sosial sejak semalam.
ARTIKEL MENARIK: “Tak mahu malukan keluarga dan tidak diajar jadi kurang ajar oleh mak bapa saya..”Pesanan padu Aishah Kepada DSV
Menurutnya, dia tidak m@arah apabila terbaca komen warganet mengatakan bahawa wanita muda tidak sepatutnya memilih lelaki tua sebagai pasangan.
Namun, dia tertanya-tanya, apakah seseorang sepertinya tidak layak untuk berjodoh dengan orang yang lebih muda dan cantik.
“Saya tak m@arah dan tak kecewa. Saya maafkan semua kata warganet itu. Cumanya, adakah orang yang cantik itu, jodohnya hanya untuk mereka yang kacak dan muda?
“Semua yang berlaku adalah atas ketentuan Allah dan kita sebagai manusia tidak boleh menolak takdir sekiranya ia berlaku,” katanya kepada Harian Metro.
Menjelaskan mengenai foto yang tersebar itu, Ebby sendiri menerima pertanyaan daripada banyak pihak sejak semalam.
“Sejak semalam, telefon saya tidak henti berbunyi. Ada yang hubungi saya menerusi panggilan telefon, ada yang menghantar WhatsApp dan ada juga yang menghantar mesej di Instagram.
“Foto ini adalah foto yang diambil di set penggambaran program komedi Jenaka Kampung Kalut (JKK) yang disiarkan di TV3. Ia diambil atas permintaan penaja yang menaja pakaian serta pelamin untuk set itu.
“Jadi, apabila ia dimuat naik oleh saya dan beberapa rakan, ia mula tular. Saya pun padam foto itu di Instagram kerana tak mahu berlaku salah faham,” katanya.
Ebby juga menitipkan ucapan terima kasih buat peminat yang sentiasa mendoakan supaya dia ditemukan dengan jodoh baik.
“Kepada yang mendoakan, saya ucapkan terima kasih. Sebagai manusia, tentunya kita semua mahukan pengakhiran yang baik dalam hidup.
“Seandainya Allah sudah tetapkan bahawa penghujung hidup ada bersama wanita yang mengisi rumah tangga, saya terima,” katanya.
Terbaru, Ebby masih bersama produksi JKK dan terbabit dalam beberapa penggambaran bersama produksi yang menerbitkan program di YouTube.
loading...
“Dah Macam Atok Atok” Sebelum Ini Netizen Pertikai Kenapa Zizi Pilih Ebby Yus Jadi Suami, Zizi Kirana Tampil Beri Penjelasan
angan katakan netizen, admin pun terkejut bila nampak foto perkahwinan Zizi Kirana dengan Ebby Yus. Ini rupanya cerita sebenarnya.
PELAKON Zizi Kirana tidak menyangka foto bersama pelawak Ebby Yus bersanding di pelamin dengan pakaian pengantin mengundang salah faham dalam kalangan netizen.
Menurut Zizi, dia dihujani pelbagai komen dan mesej peribadi daripada peminat yang ingin mendapatkan kepastian mengenai hubungannya dengan pelawak tersebut.
“Kelakarlah! Tiba-tiba ramai mesej yang tanya betul ke saya dengan Ebby Yus dah berkahwin dan ada peminat yang meluahkan rasa kecewa serta mengharapkan supaya perkara itu tidak benar.
“Abang Ebby (Yus) pun terkejut apabila foto itu tular di media sosial dan tak sangka ia akan menjadi perbualan peminat, sebenarnya gambar itu dirakam semasa kami menjalani penggambaran sketsa komedi untuk siaran TV3.
“Saya dengan Ebby Yus dah macam abang dengan adik, dia pun lawak orangnya. Tak ada lah bercinta-bercinta ni!,” katanya kepada mStar.
Menerusi Instastory, penyanyi lagu Siapa Yang Bap Bap ini berkongsi luahan rasa kecewa peminat apabila melihat foto dia bersama Ebby Yus lengkap berpakaian pengantin berwarna hijau.
“Adakah ini benar sister? Katakan tidak please… Saya kecewa!
“Kak Zizi tak salah pilih calon suami ke? Macam atuk-atuk je,” tulis netizen melalui mesej peribadi.
Masih mencari lelaki yang sesuai untuk dijadikan suami, Zizi berkata dia tidak kisah jika dipertemukan jodoh dengan lelaki yang lebih berusia.
Malah, dia menerima dengan hati terbuka jika ditakdirkan satu hari nanti dia berkahwin dengan lelaki setaraf usia datuknya.
“Saya tak kisah kalau dah dijodohkan dengan orang lebih berusia atau dah pangkat-pangkat bapa atau datuk saya.
“Masalahnya, tunggu yang bujang pun tak jumpa-jumpa lagi. Macam mana tu? Soal jodoh ini terbuka, jika dia bertanggungjawab, beriman dan mampu membahagiakan saya… saya terima,”ujarnya yang kini muncul dengan lagu baharu berjudul Mintak Lagi.
Menerusi laporan mStar pada 2018, Zizi atau Nur Fazelah @ Zizi Mohd. Tahil, 32, menyenaraikan ciri-ciri bakal suami mestilah mempunyai pendapatan minimum RM5,000 selain bebas daripada bebanan hutang.
Dalam senarai sama, Zizi juga mencari calon yang lancar membaca Al-Quran selain bukan kaki mabuk dan sosial serta tidak mengamalkan pergaulan bebas.
Dari segi rupa paras pula, Zizi tidak meletakkan syarat seorang lelaki itu perlu berwajah kacak namun baginya cukup sekadar sedap mata memandang dan sanggup berbuat apa sahaja deminya dan keluarga.
p/s: Kalau tengok gamabar ‘kahwin’ tu betul-betul, macam secocok pun ada. he2
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
Sumber : MSTAR ONLINE via tubeviral
Post a Comment