“Masa Tu Allah Tarik Nikmat…,” – Abby Abadi, Norman Hakim Dedah Kisah C3rai Mereka

“Masa Tu Allah Tarik Nikmat…,” – Abby Abadi, Norman Hakim Dedah Kisah C3rai Mereka

Setiap mahligai cinta yang dibina pasangan suami isteri mengimpikan sebuah perkahwinan berkekalan hingga ke jannah.

“Masa Tu Allah Tarik Nikmat…,” – Abby Abadi, Norman Hakim Dedah Kisah C3rai Mereka
“Masa Tu Allah Tarik Nikmat…,” – Abby Abadi, Norman Hakim Dedah Kisah C3rai Mereka

Namun, setiap perkara yang terjadi dalam kehidupan kita merupakan ketentuanNya.

ARTIKEL MENARIK: “Tak Pernah Ambil Staff OKU, risau dgn persepsi golongan ini pemalas, tapi” – DS Shahida Kongsi Kisah Boy, Anak Si Penoreh Getah


Menerusi rancangan Famili Firdaus yang disiarkan di Astro OASIS ramadan lalu, pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim ada berkongsi kisah penceraian perkahwinan mereka beberapa tahun lalu.
Menurut bekas penyanyi kumpulan Elite ini, kisah penceraian dia bersama bekas suaminya itu merupakan antara ujian paling besar dalam kehidupannya.
“Allah uji tu sebab Allah sayang pada saya apa yang terjadi dalam hidup saya pada tahun 2008 tu antara ujian paling besar dalam hidup saya dan sebenarnya Allah tu nak saya dekat dengan Dia.
“Masa tu Allah tarik nikmat dalam hidup saya tapi saya masih lagi tak ada kesedaran yang besar tentang kehidupan.
“Kenapa kita diciptakan dan sepatutnya apa sahaja yang kita lakukan memang tak boleh tinggalkan Allah.
“Satu kesilapan yang saya buat dulu adalah banyak benda dan perkara yang saya buat saya tapi lupa Dia,” kongsi Abby.
Dalam pada itu, Norman turut berkongsi pengalaman sejurus bercerai lebih 10 tahun lalu.
Bagaimanapun, keduanya masih menjalinkan hubungan yang baik bersama bekas isteri.
“Saya dengan Abby berkahwin pada tahun 2003 dan berpisah sekitar tahun 2008 lebih kurang 10 tahun yang lepas kami berpisah.
“Terus terang cakap kita belajar daripada pengalaman dan tempoh usia menjadikan kita InsyaAllah manusia yang matang.
“Daripada pengalaman itu maksud dia mana yang kita melalui titik-titik kelemahan tu kita cuba perbaiki dan apabila Allah S.W.T memberikan kami peluang kedua walaupun kita tidak ada jodoh sebagai suami isteri.
“Apapun, kami masih lagi meneruskan ukhwah itu sebagai seorang sahabat yang akrab demi anak-anak,” kongsi Norman jujur.

loading...

Untuk rekod, Abby dan Norman dikurniakan 3 orang cahaya mata bernama Mohd Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Pelakon Abby Abadi & Norman Hakin sering berkongsi mengenai aktiviti dan kehidupan keluarga besarnya mereka di media sosial. Keluarga bahagia ini dilihat sering meluangkan masa bersama.
Segelintir netizen bertanyakan mengenai kebahagiaan rumah tangga Abby Abadi dan hubungan dengan bekas suami, Norman Hakim. Pelakon Gerak Khas ini kongsi tips bermakna buat anda semua.
“Fahamilah, Mereka Masih Budak-Budak,” – Abby ‘Kenenkan’ Danish Hakim, Marissa Dania Dengan Anak Sahabat
Selepas perkongsian foto Danish Hakim dan Marissa Dania bersama anak sahabatnya yang dikenali sebagai Light Km jadi perhatian, netizen mula mengandaikan kedua keluarga ini sudah rancang sesuatu untuk masa depan mereka.
Apatah lagi, Abby Abadi memohon doa agar usikan kedua-duanya berjodohan menjadi kenyataan suatu hari nanti.
Malah dia menyifatkan hubungan antara Danish Hakim dan Ida sebagai cinta antara benua.
p/s: Syukur Alhamdulillah, semoga mereka sekeluarga hidup dengan tenang bersama anak-anak yang tersayang 
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami 
sumber: media hiburan via tubeviral

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post