DSV akhirnya mohon maaf kepada Aishah, Tapi tindakan CIK B tampil membantu selesai kemelut Aishah buat Dato Vida Sebak

DSV akhirnya mohon maaf kepada Aishah, Tapi tindakan CIK B tampil membantu selesai kemelut Aishah buat Dato Vida Sebak

KUALA LUMPUR – Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida memohon maaf kepada penyanyi Aishah dalam satu sidang akhbar khas sebentar tadi di kediamannya di Ipoh, Perak.

DSV akhirnya mohon maaf kepada Aishah, Tapi tindakan CIK B tampil membantu selesai kemelut Aishah buat Dato Vida Sebak
DSV akhirnya mohon maaf kepada Aishah, Tapi tindakan CIK B tampil membantu selesai kemelut Aishah buat Dato Vida Sebak

Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, 46 membacakan permohonan maaf secara terbuka seperti yang termaktub dalam keputusan bersama ketika sesi mediasi yang berlangsung di Mahkamah Sesyen Sivil 11 Kuala Lumpur 1 Julai lalu.

ARTIKEL MENARIK: “Yang Takda Kaitan Pertalian Pun Ambil Peduli” – Ramai Mahu Aidil Zafuan Lawat Anak S4kit Di H0spital


“Saya Datuk Seri Vida memohon maaf secara terbuka kepada Wan Aishah Wan Arifin melalui representasi salah terhadap hadiah barang kemas tambahan Gegar Vaganza 4,” kata Aishah dalam permohonan maaf itu.
Sebelum ini Aishah telah mengadakan sidang akhbar memaklumkan bahawa Vida akan membayar harga barang kemas yang dipilihnya berjumlah RM80,000 dan melakukan permohonan maaf secara terbuka terhadap dirinya sebelum atau pada 17 Julai ini.
Kes ini susulan kemengangan Aishah dalam program realiti Gegar Vaganza 4 yang mendakwa Vida memberi hadiah kemenangan tempat pertamanya seutas gelang palsu dan kes ini telah berlarutan selama setahun. 
Anak DSV bagi duit RM100,000 selesai kemelut Aishah
IPOH – Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Hasmiza Othman atau lebih dikenali dengan Datuk Seri Vida tergamam apabila anak perempuannya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 14, membuat kejutan kepadanya dengan menyerahkan wang tunai berjumlah RM100,000 sebentar tadi.
Nur Edlynn Zamileen atau lebih mesra dipanggil Cik B menyerahkan wang tunai berupa campuran mata wang Ringgit Malaysia dan Dollar Singapura itu pada sidang akhbar yang diadakan Datuk Seri Vida bagi menjelaskan mengenai kemelut antara Datuk Seri Vida dan penyanyi Aishah yang diadakan kediaman Datuk Seri Vida di Meru di sini yang disiarkan secara langsung melalui Facebook Kosmo! Online sebentar tadi.
Menurut Cik B, beliau rasa bertanggungjawab untuk membantu ibunya menyelesaikan kemelut dengan Aishah dan tidak mahu lagi melihat Datuk Seri Vida menangis setiap hari memikirkan masalah tersebut.
“Mama (Datuk Seri Vida) pernah mengadu mengenai masalah ini namun Cik B buat tidak kisah sebab tidak mahu mama sedih. Tetapi Cik B sebenarnya kisah dengan masalah yang dihadapi mama dan ia terlalu berat bagi mama.

loading...

“Itu sebabnya Cik B rasa terpanggil untuk membantu mama dalam kes ini dan hari ini Cik B menyerahkan hasil jualan produk sendiri iaitu kulit ikan salmon disalut serbuk telur masin yang diberi nama Cik B Chips berjumlah RM100,000,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sidang akhbar permohonan maaf Datuk Seri Vida terhadap pemenang rancangan realiti Gegar Vaganza 4 itu yang perlu dibuat secara terbuka.
Dalam sidang akhbar tersebut, Datuk Seri Vida mempertikaikan perbuatan Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin, 54, yang bertindak tidak mengikut apa yang telah dipersetujui bersama ketika proses mediasi kes mereka di Mahkamah Sesyen Sivil 11 Kuala Lumpur Isnin lalu.
Katanya, beliau telah bersetuju dengan perbincangan itu agar Aishah memilih sendiri barangan kemas di sebuah kedai emas di Kuala Lumpur bagi menyelesaikan kes selain membayar kos guaman pihak Aishah. 
p/s: Tindakan Cik B ini wajar dipuji, kerana tampil membantu Ibunya yang tengah menghadapi ujian
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami 
sumber: kosmo via tubeviral.bbn.my

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post