Dedah cinta tdk direstu keluarga dlm lagu ‘Sumpah’, Ini tindakan Naim Daniel selepas kena ‘sound’ dengan ibu Dayana
Dedah cinta tdk direstu keluarga dlm lagu ‘Sumpah’, Ini tindakan Naim Daniel selepas kena ‘sound’ dengan ibu Dayana |
Siapa sangka disebalik lagu yang menjadi trending nyanyian Naim Daniel berjudul Sumpah menyimpan seribu satu makna. Menerusi Twitter Suffiyah yang memuat naik klip video temu bual antara DJ Nazz bersama Naim Daniel tentang lagu terbarunya itu. Dia menitiskan air mata apabila menerangkan kisah lagu Sumpah yang menceritakan kisah percintaannya sebelum ini.
ARTIKEL MENARIK: “Lama sangat dah makan hati..” – Masalah dengan keluarga mertua tapi rumah tangga sendiri yg terk0rban
Namun begitu dia tetap hormat akan keputusan yang telah dibuat bekas kekasihnya itu. Ternyata titisan air matanya membuat netizen terharu dan beranggapan bahawa Naim Daniel bukan sahaja seorang yang berbakat namun seorang yang cekal apabila ditimpa dugaan.
SELEPAS penyanyi Naim Daniel mendedahkan lagu baharunya berjudul Sumpah menceritakan kisah percintaannya sebelum ini, seorang wanita bernama Dayana Amerda tampil membuat pengakuan gadis yang dimaksudkan itu merupakan dirinya.
Menerusi Instagram Dayana memberitahu dia sebenarnya kurang senang apabila lagu tersebut yang dicipta bersama Naim sekitar 2013 dan 2014 itu dikeluarkan tanpa persetujuannya.
Dayana dedah Naim tidak jujur selepas cerita kisah disebalik lagu ‘Sumpah’
Malah, Dayana juga menafikan dakwaan Naim mengenai perpisahan mereka berpunca disebabkan tidak mendapat restu daripada keluarganya.
Bagaimanapun, Dayana mengambil keputusan untuk memadam kenyataan penjelasan tersebut kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan.
Ibu Dayana minta tiada pihak menyebarkan berita tidak sahih.
Menerusi Instastory ibu kepada Dayana iaitu Aida Daud, dia dan anaknya sudah memaafkan Naim atas apa yang berlaku dan berharap tidak ada pihak yang cuba menyebarkan cerita tanpa kesahihan.
“Dayana mengambil keputusan untuk padam post dia tadi, dia dah maafkan apa yang jadi dan tak mahu keadaan lagi keruh.
“Harap jangan nak viralkan tanpa ada info yang sahih. Saya rumuskan kes tutup. Saya mohon maaf dan saya maafkan pada yang berbuat salah pada kami.
“Semoga jadi teladan buat orang yang melihat, jangan cepat percaya dan tabayyun sebelum jatuh hukum. Kita bukan siapa-siapa lebih baik dia,” tulisnya.
loading...
Naim dedah kisah disebalik lagu Sumpah.
Sebelum ini, tular video temu bual antara DJ Nazz bersama Naim yang menitiskan air mata apabila menerangkan kisah sebenar disebalik lagu Sumpah.
Dalam pada itu, Aida memberitahu pelakon drama Pia ini sudah menghubunginya untuk memohon maaf.
“Alhamdulillah selesai. Terima kasih @naimdanielx hubungi auntie (mak cik) dan minta maaf atas semua yang berlaku.
“Semoga Allah merahmati kita semua. Aamiin,” katanya.
SUMPAH:
Lirik Lagu Sumpah
“Jika harusku bersabar dengan segala derita, ‘Ku terima, Jika pahitnya terasa, Bagai dipenjara tanpa
Bicara ‘ku rela, Cinta akan ‘ku mengasihimu, Sehingga nadiku tiada lagi berlagu
Andai rembulan tidak lagi mampu bercahaya, Terangilah gelapku walau dalam gelita, Dengarkanlah aku, Jiwaku tulus untukmu
Bicara ‘ku rela, Cinta akan ‘ku mengasihimu, Sehingga nadiku tiada lagi berlagu
Andai rembulan tidak lagi mampu bercahaya, Terangilah gelapku walau dalam gelita, Dengarkanlah aku, Jiwaku tulus untukmu
Jika harusku bersabar dengan segala derita, ‘Ku terima, Jika pahitnya terasa
Bagai dipenjara tanpa, Bicara ‘ku rela, Cinta akan ‘ku mengasihimu
Sehingga nadiku tiada lagi berlagu, Andai rembulan tidak lagi mampu bercahaya, Terangilah gelapku walau dalam gelita, Dengarkanlah aku
Jiwa ‘ku tulus untukmu, ‘Ku harap kau mendengar apa yang ‘Ku bisikan…”
Bagai dipenjara tanpa, Bicara ‘ku rela, Cinta akan ‘ku mengasihimu
Sehingga nadiku tiada lagi berlagu, Andai rembulan tidak lagi mampu bercahaya, Terangilah gelapku walau dalam gelita, Dengarkanlah aku
Jiwa ‘ku tulus untukmu, ‘Ku harap kau mendengar apa yang ‘Ku bisikan…”
Walaupun begitu, selepas beberapa jam memuat naik kenyataan tersebut di Instagramnya, Dayana telah memadamkan status tersebut.
p/s: Semoga konflik yang melanda mereka tidak berlarutan. Buang yang keruh, ambil yang jernih
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
Sumber : Dayana Amerda via tubeviral.bbn.my
Post a Comment