Aliff Aziz Bergambar Dengan Wanita Lain. Ini respond win Bella Astillah Lepas Kena Tag Dengan Netizen

Aliff Aziz Bergambar Dengan Wanita Lain. Ini respond win Bella Astillah Lepas Kena Tag Dengan Netizen

Aliff Aziz Bergambar Dengan Wanita Lain. Ini respond win Bella Astillah Lepas Kena Tag Dengan Netizen

Aliff Aziz Bergambar Dengan Wanita Lain. Ini respond win Bella Astillah Lepas Kena Tag Dengan Netizen
Aliff Aziz Bergambar Dengan Wanita Lain. Ini respond win Bella Astillah Lepas Kena Tag Dengan Netizen

GARA-GARA penyanyi Aliff Aziz memuat naik foto bersama seorang wanita di Instastory, bekas isterinya, Bella Astillah menerima mesej daripada netizen yang menghantar foto tersebut kepadanya.

ARTIKEL MENARIK: Selepas bergelar duda, Fizo dedah apa sebenarnya yang berlaku antara dia dengan Mawar


Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 25, berkata, dia tidak kisah mengenai perkara itu memandangkan hubungannya dengan Aliff sudah pun berakhir.
“Ramai gila yang DM Bella, cakap dan nak provoke dengan gambar Aliff itu tapi sebenarnya Bella tak kisah pun. Korang semua pun dah tahu yang kita dah tak ada kena mengena.
Bella terima banyak mesej netizen yang menghantar foto Aliff bersama seorang wanita yang dimuat naik di Instastory
“Jadi apa-apa yang Aliff buat untuk diri dia. Bella pun ada di Malaysia, dia dekat Singapura. Jadi, saya okey saja,” kata Bella.
Bella yang kini berada di Jakarta, Indonesia menjelaskan perkara tersebut menerusi laman Instastory miliknya.
Menerusi Instastory Aliff berkongsi foto bersama wanita yang dikenali sebagai Tika Sheikh mendapat perhatian netizen sehinggakan mereka menghantar foto berkenaan kepada bekas isterinya.
Baru-baru ini, penyanyi kelahiran Singapura itu dikatakan mula mendekatkan diri kepada Allah selepas berdepan kontroversi curang sehingga menyebabkan rumah tangganya dengan Bella musnah.
Suara Aliff hafal Surah Ar Rahman
Kata akhir Aliff Aziz andai hari terakhir
SAYA mohon maaf,” pinta penyanyi Aliff Aziz kepada bekas isteri Bella Astillah dan anak sulungnya, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.

Aliff meluahkan isi hatinya apabila ditanya oleh Ustaz Ebit dalam satu temu bual eksklusif di kediaman Aliff di Singapura dan rakaman video itu telah dikongsi menerusi YouTube.

loading...

Soalan Ustaz Ebit, andai hari ini menjadi hari terakhirnya.
Menurut Aliff, tiada yang lebih penting selain memohon kemaafan kepada dua insan tersebut kerana sepanjang perkahwinan dia seharusnya dapat memberikan yang terbaik.
“Setiap manusia ada baik buruknya. Walaupun bekas isteri pernah maafkan namun dari hati hati yang kecil ini saya mohon maaf dan mendoakan dia semoga berjaya serta mendapat kebahagiaan yang seharusnya.
“Manakala Ayden Adrean, sayangilah mak terutamanya, benda yang baik tentang daddy ambillah dan yang tak baik jadikan tauladan,” luahnya bergenang air mata.

Dalam sesi bersama Ustaz Ebit, Alif turut mengakui sedang berdepan dengan ujian yang berat.
“Sepanjang dalam arena hiburan, ini adalah fasa gelap dan berat saya sedang lalui. Selepas berpisah saya tak boleh terima hakikat.
“Saya rasa semakin jauh dan situasi saya jadi lebih teruk tambah pula berkawan dengan kawan yang salah.
“Saya jadi serabut dan bukan jadi diri sendiri. Pendek kata tak terurus dan buat apa sahaja jadi tak kena.
“Yang boleh bantu saya sekarang ALLAH sahaja, cuma jalan sebagai hamba yang betul sahaja kena betulkan untuk mendapatkan pertolongan-NYA.
“Apabila sudah berbaik dengan keluarga perlahan-lahan ALLAH berikan saya ketenangan itu. Yang mana saya tak jaga sebelum ini saya perbaiki,” akuinya.
Terdahulu Aliff juga meluahkan betapa dia amat merindu anaknya dan kali terakhir berjumpa sekitar sebulan lalu.
“Tapi saya selalu video call dengan Ayden dan saya akan praktikan hari-hari supaya dia dapat tengok daddy dia,” jelasnya.
Selain itu, selepas sesi tersebut difahamkan oleh Ustaz Ebit, Aliff kini sudah mula memperbaiki dirinya.
“Syukur dengar beliau kini sangat jaga solat. Mula hafal al-Quran,” coret Ustaz di Instagram miliknya.
p/s: Amboi, seronok netizen main tag tag si Bella Astillah ni. Takde isu pun kalau si Aliff nak cari pasangan baru.
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami 
Sumber: Mstar Online, astroawani 

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post