JASIN – Seorang penduduk mengesyaki kehilangan sejumlah wang yang sepatutnya digunakan bagi persiapan majlis perkahwinan anak perempuannya Sabtu ini di Taman Bukit Tembakau, Umbai di sini mungkin angkara toyol.
“Ada kesan cakaran pada kepingan cermin” Duit persiapan perkahwinan lesap angkara toyol |
Penduduk terbabit yang mahu dikenali sebagai Liza, 47, mendakwa terserempak dengan makhluk itu sebelum menyedari kehilangan wang berkenaan.
ARTIKEL MENARIK: YDP Agong dan Raja Permaisuri Imbau Kenangan Manis Majlis Perkahwinan 33 Tahun Lalu. Memang manis
Menurutnya, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.15 malam pada Isnin lalu itu turut disaksikan dua orang anak lelakinya berusia 27 dan 18 tahun.
“Ketika itu saya baru saja keluar dari bilik air dan terlihat pintu dapur terbuka sedangkan kebiasaannya ia ditutup. Sebaik mahu menutupnya, tiba-tiba terlihat makhluk berkenaan dalam keadaan sedang memanjat pagar di belakang rumah dalam jarak kira-kira semeter lebih saja dengan saya.
“Makhluk itu memusingkan kepalanya dan memandang ke arah saya dengan mata yang merah menyala, bersaiz badan sebesar bayi, mengeluarkan taring serta cuping telinganya besar,” katanya ketika menceritakan pengalaman menyeramkan itu di rumahnya di sini hari ini.
Liza berkata, selepas ketakutan dan menjerit meminta tolong, dua orang anaknya terus menuju ke arahnya dan mereka turut ternampak makhluk itu lari ke arah memanjat bumbung rumah.
Kesan cakaran pada cermin dipercayai kuku makhluk berkenaan yang cuba memanjat tingkat cermin di belakang rumah.
“Kejadian turut disedari beberapa jiran dan penduduk taman berkenaan, lalu turut membantu menjejak makhluk berkenaan di beberapa lokasi di kawasan terbabit tetapi gagal menemuinya.
loading...
“Cuma anak-anak perasan, ada beberapa kesan cakaran pada kepingan cermin tingkap di belakang rumah dipercayai bekas kuku makhluk itu,” katanya.
Menurutnya, selang beberapa minit dia cuba memeriksa wang yang disimpannya namun mendapati ia hilang dan percaya ada kaitan dengan kemunculan makhluk berkenaan.
“Wang yang hilang berjumlah kira-kira RM3,000, yang sepatutnya digunakan untuk membeli ayam serta perkakas memasak lain. Kali terakhir saya melihat wang itu masih ada pada sebelah pagi hari yang sama sebelum kejadian.
“Sebelum ini memang pernah mendengar orang lain kehilangan duit disebabkan toyol, masa itu saya tidak ambil kisah sebab antara percaya dengan tidak. Tetapi kali ini terkena batang hidung sendiri, baru saya tahu betapa
seramnya makhluk itu dan sampai sekarang saya trauma, ketakutan, susah nak tidur kerana asyik terbayang rupanya,” luahnya.
Sementara itu, suaminya yang dikenali sebagai Man, 49, berkata, majlis perkahwinan anak keenamnya bakal berlangsung Sabtu ini kemungkinan akan dijalankan secara ala kadar disebabkan kejadian yang menimpa keluarganya itu.
“Ini kali ketiga saya mengadakan majlis perkahwinan untuk anak dan sebelum ini tidak pernah alami kejadian aneh dan menyeramkan seperti ini.
“Kami ada juga merujuk individu yang arif dengan makhluk halus dan mereka pun ada memberikan pandangan tersendiri tetapi saya enggan memberikan sebarang tafsiran kerana bimbang disalah erti oleh masyarakat. Saya anggap ini adalah takdir dan ujian dari ALLAH,” katanya.
Cara mengelak duit dicuri toyol..
1) Guna kacang hijau.
Tokcik Ani dengan Nyai suruh tabur kacang hijau disudut2 rumah, jangan sapu, biarkan saja. Kacang hijau ni tujuannya untuk melekakan toyol tu, biar dia syok main kacang hijau sampai lupa nak ambil duit tuan rumah. Kemudian Pakcik Aan kata kita kena perhatikan kacang2 tu, kalau le kacang yang asalnya dibiarkan bertabur jadi bersusun elok je, maknanya confirm ada toyol kat situ. gekkkkk tidakkkkkkkk tak sanggup saya menerima kenyataan tinggal bersama toyol. Tapi saya cuba jugak lah petua tu… nampaknya tak berapa menjadi, masih kehilangan duit. ni mesti toyol sekolah ni…..

saya rujuk pulak pada orang lain, katanya toyol boleh masuk ikut tingkap! kena tabur kacang kat tingkap jugak! kebetulan masa tu musim hujan, tak jadi tabur kat tingkap, takut tumbuh pokok taugeh pulak kat tingkap rumahku.
2) Ikat duit guna getah.
Seorang yang baik hati telah mencadangkan kepada saya supaya ikat duit dengan getah. Katanya getah memang pantang toyol. Saya pun try le petua ni..ye la.. bukan susah sangat, tak payah taburkan kacang hijau. Untuk 3-4 hari, senyap…. masuk hari ke 5, duit saya hilang lagi. Saya pun bising lah lagi… Ada orang kata, si toyol ni bila dia balik jumpa tuan dengan tangan kosong, tuan dia tanya kenapa, dia akan explain senario macamana duit disimpan. Jadi, tuan dia akan training dia untuk lepaskan duit dari ikatan getah tersebut…. ooo gitu rupanya…

3) Bela ikan puyu.
Tok busu Derus yang kesian dengan saya telah menghadiahkan ikan puyu yang dipancing dari anak sungai sebulong, kat belakang rumahnya.. (anak sungai sebulung dah cantik tau.. siap masuk paper lagi..)
Ikan tu kami letak kat depan pintu masuk. tak tau le kalau ini petua ke apa, tapi kat situ je le yang sesuai dengan susunan interior dalam rumah saya. Setakat ni belum ada dengar orang komplen hilang duit. Tapi ini bukan bermakna 100% berjaya… sebab kami dah guna pendekatan lain jugak.

4) Simpan duit kat folder kecik untuk kad.
Yang ni tak reti nak explain… ala.transparent plastic folder yang orang buat isi IC, kad bank macam2 tu.. Saya simpan folder ni dalam purse jugak. hm… mula2 selamat lah… lepas tu hilang jugak. Yang geramnya.. hilang dalam bulan puasa.. toyol kerja jugak dalam bulan puasa ek…

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
Sumber Sinar via tubeviral
Post a Comment