PETALING JAYA: Vokalis kumpulan OAG, Radhi diperintah membuat sumpah nafi oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini berikutan tidak mengingati frasa lafaz yang disebut terhadap isterinya, Mac lalu.
“Takkan nak berg4duh depan hakim, I hope dia jujur” – Ini nasihat padu Bekas isteri kepada Radhi |
Hakim Syarie Husaini Roslin menetapkan 16 Julai depan untuk sebutan semula kes bagi membolehkan Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali membuat sumpah nafi di mahkamah.
ARTIKEL MENARIK: “Sandainya perpisahan terbaik buat kami, saya reda” – Fizo Omar akhirnya hilang arah
“Mahkamah tidak minta defendan (Radhi) buat sumpah nafi hari ini kerana kesannya besar (membabitkan) azab Allah dunia dan akhirat.
“Jadi, pada tarikh akan datang mahkamah perintah defendan buat sumpah nafi. Masa yang ada ini, defendan boleh fikir semula apa yang berlaku pada tarikh (25 Mac) itu. Sekiranya masih konsisten, sumpah nafi akan dibuat,” katanya.
Sumpah nafi ialah sumpah yang dibuat individu bagi menafikan apa yang dikatakannya sebelum mahkamah menjatuhkan sebarang keputusan.
Terdahulu, ketika disoal Husaini berhubung kejadian yang membawa kepada lafaz ce3rai, Radhi memberitahu bahawa beliau tidak pasti mengenai lafaz ce3rai kerana sedang marah.
“Mengenai lafaz, saya tidak pasti sama ada menyebut ‘lepaskan’ atau ‘c3eraikan’ kerana ketika itu dalam keadaan marah.
“Lagipun saya tidak tidur selama dua hari dan emosi tidak stabil,” katanya.
Radhi, 41,berkata, punca pertengkaran sehingga didakwa isteri ada melafazkan ce3rai disebabkan isteri tidak pulang ke rumah.
Sementara itu, Ayu atau Nur Shahira Ayu Zahiri, 25, selaku plaintif memaklumkan kepada mahkamah bahawa permohonan pengesahan lafaz c3erai dibuat selepas Radhi melafazkan ‘aku ce3raikan kau dengan ta@lak satu’ pada jam 4.20 pagi, 25 Mac 2019.
“Ketika lafaz dibuat, hanya saya, Radhi dan anak saja berada dalam rumah kami. Selepas Radhi lafaz, dia ada memberitahu mahu rujuk semula,” katanya.
Ayu memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 3 Jun lalu.
Pasangan itu masing-masing tidak diwakili peguam dan hadir secara berasingan.
loading...
Radhi dan Ayu mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dan dikurniakan dua anak Nur Aisyah, 4, dan Muhammad, 3.
Sebelum itu, Radhi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 sebelum berpisah pada 8 Jun 2010.
VIDEO:
P/s: Di harapakan pasangan ini dapat menyelesiakan masalah mereka dengan sebaik mungking. Seolah2 menjadi satu musim pula, bila ramai pasangan artis di laporkan mempunyai masalah rumah tangga
Apa kata anda? Kongsikan bersma kami
Kredit : tubeviral.bbn.my
Post a Comment