Baguslah kalau dia dah ada pengganti, tidak timbul sebarang masalah bagi saya. Kalau dia boleh teruskan kehidupan dengan bahagia, itu lebih bagus.
Selepas Joy Revfa Kini Sudah Ada Kekasih Baru, Ini permintaan Hafiz Hamidun |
“Daripada dia terus tersiksa, sedih-sediah… kita pun tak nak. Malah saya pasti semuanya bakal berjalan dengan lancar selepas semua dokumentasi sudahpun selesai” kata Hafiz
ARTIKEL MENARIK: Agong pun beratur beli KFC..Netizen minta ‘Makcik Nasi Ayam’ Belajar sesuatu.
Hafiz Hamidun mengharapkan kisah cinta bekas isterinya yang juga usahawan kosmetik Joy Revfa bersama kekasih baharu berjalan lancar sehingga ke jenjang pelamin.
Menurut Hafiz, 35, dia gembira apabila mengetahui mengenai berita Joy dirisik seorang pelakon drama beberapa hari lalu.
Penyanyi lagu Jodoh Berdua ini ditemui semasa majlis rumah terbuka raya sebuah platform jualan atas talian terkemuka pada Khamis.
Bercerita mengenai kisah peribadinya pula, Hafiz berkata dia juga sedang mengenali seorang gadis dan sedang menjalani fasa mengenal hati budi.
“Terlalu awal untuk saya ulas tentang jodoh baru, tambahan saya bukan individu yang gemar menjaja kisah percintaan kepada khalayak ramai. Kegagalan rumah tangga yang berlaku sebelum ini banyak mematangkan diri.
“Cuma yang saya dapat katakan ialah sedang mengenali hati budi seseorang dan kami baru sahaja berkenalan selepas saya bergelar duda,” tambah Hafiz.
loading...
Joy Revfa belum sedia dedah identiti kekasih, tak nak ‘pisang berbuah dua kali’
USAHAWAN kosmetik Joy Revfa mengakui dia kini sedang mengenali hati budi seseorang lelaki namun belum bersedia mendedahkan identiti jejaka tersebut.
Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, berkata dia enggan berkongsi mengenai kekasihnya kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku.
“Memang benar saya sedang mengenal hati budi seseorang. Namun biarlah orang ramai berteka-teki mengenai identiti lelaki itu.
“Buat masa ini, saya tak boleh nak kongsi lebih-lebih mengenai dia sebab saya pernah melalui pengalaman pahit dan tidak mahu ‘pisang berbuah dua kali’.
“Kalau ada netizen yang teka lelaki itu seorang pelakon drama atau bukan, terpulang kepada mereka,” kata Joy ketika dihubungi mStar.
Joy diminta mengulas mengenai foto dengan kapsyen yang memberi bayangan mengenai sebuah majlis merisik sedang berlangsung di kediamannya pada Rabu.
Bagaimanapun, menerusi beberapa keping foto yang dimuatnaik di laman Instagramnya itu Joy menutup wajah lelaki tersebut.
Rata-rata netizen mendakwa lelaki berkenaan merupakan pelakon baharu yang pernah membintangi drama seperti Split dan Syurga Bukan Percuma iaitu Fahmy Reza.
Dalam pada itu, Joy memberitahu kedua-dia pihak keluarga mereka sudah lama mengenali satu sama lain.
Namun, Joy dan lelaki itu bertemu semula beberapa bulan yang lalu tanpa menyedari mereka pernah berkawan ketika kecil.
“Saya kenal dia beberapa bulan yang lalu tapi rupa-rupanya keluarga saya dan dia adalah kenalan rapat ketika kami masih kecil.
“Kami pun tak menyedari sebab muka masa kecil lain dan bila besar ni tak perasan wajah dah berubah.
“Jadi, lebih mudah untuk kami mengenali lebih rapat memandangkan kedua-dua belah keluarga baik,” ujarnya.
Sebelum ini, nama Joy Revfa menjadi perhatian apabila perkahwinannya pada 1 Mei 2017 dengan penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun didakwa tidak sah.
Masalah tersebut akhirnya selesai selepas Hafiz melafazkan talak satu terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling pada 25 Oktober tahun yang sama.
Joy sebelum ini juga pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia empat tahun.
p/s: Semoga merka menjumpai cinta sejati. Bak kata pepatah, bunga bukan sekuntum, kumbang pun bukan seekor. Jadikan pengalaman lalu guru terbaik anda
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
Kredit/Sumber:Mstar via tubeviral.bbn.my
Post a Comment