Nampaknya Sajat enggan mengendahkan tempoh 48 jam yang diberikan kepadanya untuk memohon maaf secara terbuka bagi mengelakkan dia disaman.
Selepas di beri tempoh 48 Jam untuk mnitak maaf, Sajat mula bersuara |
Sebaliknya usahawan barangan kecantikan dan penyanyi itu berpendapat tiada sebab untuknya memenuhi tuntutan wanita terbabit yang mendakwa dia dianiaya.
ARTIKEL MENARIK: “Sajat diberi tempoh 48 jam mohon maaf” Wanita ini tampil dedah dia dianiaya
Bagi Sajat, dia menganggap dirinya tidak bersalah seperti didakwa Yusmiliati Mohamed Yusof yang membuat sidang media siang tadi berhubung isu menukar status jantina pada kad personaliti terbabit.
“Saya tak akan minta maaf. Kenapa saya kena minta maaf pula?” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Terdahulu, Yusmiliati mendakwa dia menjadi mangsa keadaan selepas menawarkan diri membantu Sajat – atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman – menukar status jantina pada kad pengenalan usahawan kosmetik berkenaan.
Bagaimanapun, kata Yusmiliati, permohonan tersebut ditolak Jabatan Pendaftaran Negara kerana ia tidak disertakan surat pengesahan khunsa daripada doktor.
Susulan kejadian, dia direman empat hari, disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan didakwa di Mahkamah Majistret Ampang. Kes itu sedang dibicarakan.
Pada sidang media itu juga, Yusmiliati menggesa Sajat membuat permohonan maaf dalam tempoh 48 jam sekiranya tidak mahu berdepan tindakan undang-undang.
Mengulas tuntutan tersebut, Sajat berkata, dia atau peguamnya tidak menerima sebarang notis mengenai perkara itu.
“Saya rasa wanita itu nak kenakan saya. Dia sebut nama saya pada sidang media tanpa pengetahuan saya. Saya rasa dia nak aibkan saya,” katanya.
loading...
Direman, did@kwa di mahkamah
Yusmiliati ditemui pada sidang media berhubung isu terbabit di pejabat Persatuan Pekerja Perfileman Malaysia (Profima) di Kuala Lumpur hari ini.
Turut hadir peguam Yusmiliati, Ahmad Faiq Azizan dan Mohd Amirul Ramli.
Bagaimanapun, menurut Yusmiliati, pada 30 September dan 13 Oktober 2017, JPN menghantar salinan surat kepada mereka menyatakan bahawa permohon tersebut ditolak.
“Alasan JPN ialah pemohon gagal melampirkan salinan surat doktor yang mengesahkan dia seorang khunsa,” katanya.
Yusmiliati mendakwa susulan keputusan itu ahli perniagaan terbabit yang turut terkenal sebagai penyanyi melemparkan pelbagai tuduhan selain membuat laporan polis ke atasnya pada 29 Ogos 2018.
Tindakan Sajat, katanya, menyebabkan dia ditahan reman selama empat hari di Balai Polis Ampang dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Kes3ksaan.
“Saya kemudian didakwa di Mahkamah Majistret Ampang dan kes itu masih dalam proses,” katanya yang mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan dan minta dibicarakan.
Justeru, Yusmiliati menggesa Sajat membuat permohonan maaf dalam tempoh 48 jam.
Sekiranya gagal, kata Yusmiliati, dia akan memulakan proses tindakan undang-undang ke atas personaliti terbabit.
“Saya nak Sajat dan Ashaari membuat satu permohonan maaf kepada saya dalam masa 48 jam dari tarikh hari ini,” katanya.
Menurut Yusmiliati dia mahu permohonan maaf itu dibuat secara bertulis dan dialamatkan kepada peguamnya. Dia juga mahu Sajat dan pembantunya memuat naik rakaman video permohonan maaf terbuka mereka di laman sosial.
p/s: Semoga isu ini di selesaikan dengan baik
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
sumber: mkini via tubeviral.bbn.my
Post a Comment