KUALA LUMPUR – Pelakon Datin Seri Umie Aida mencetuskan spekulasi apabila mendedahkan dirinya terasa seperti dikhianati oleh seorang individu yang bergelar sahabat.
“Kepercayaan musnah, aku dah penat jadi b0doh” – Selepas Umie Aida Dedah Dikhianati Sahabat Sendiri, Erra mula bersuara |
Perasaan tidak puas hati itu dikongsikan bintang filem Dukun menerusi Instagram miliknya malam tadi.
ARTIKEL MENARIK: Sebelum ini kritikal hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan, Kini A Rahman Hassan sudah tiada
Menurut Umie, dia pernah memaafkan individu tersebut atas kesilapan yang sama dan menerima semula sebagai sahabatnya.
“Aku bukan nak aibkan sesiapa… Tapi aku juga ada hak luahkan rasa sakit, kecewa bila orang yang dipanggil sahabat buat begitu.
Umie memberitahu wang bukanlah segalanya sambil menempelak individu tersebut dengan menyatakan betapa murahnya nilai sebuah persahabatan.
“MONEY IS NOT EVERYTHING but EVERYTHING IS MONEY. SubhanaAllah …betapa murahnya nilai sebuah persahabatan bagi kau ! kau bole bohongi satu dunia dgn keterampilan suci kau yg seperti dibawah lindungan kaabah itu .. dan paling sayang…kecantikan wajah kau tidak secantik hati kau !
“Sehingga keterbiasaan itu membuat kau terlupa bahawa kemewahan yg kau ambil itu akn menghancurkan hati sahabat kau sendiri.. bkn kerana kebendaan itu TETAPI kerana seorang sahabat tidak akn MENGKHIANATI sahabatnya sendiri semata- mata utk kesenangan.
“Aku cuba lupakan sejarah silam dgn harapan kau sudah berubah. Tidak ada yg berubah rupanya…dan bukan mudah merubah kebiasaan hidup silam seseorang.? Tapi aku masih memberi seluruh kepercayaan aku kpd kau sehingga aku menghadam kekecewaan aku satu ketika dulu demi utk memaafkn kau kerana aku terlalu menghargai kau sebagai sahabatku.
“Tetapi sahabat! Ucapan maaf bukan hanya sekadar kata-kata.. ianya ungkapan yg harus diselarikan dgn tidak lagi mengulangi kesilapan itu. TETAPI harini kau bukan sahaja mengulangi kesilapan itu tetapi kau telah bertakhta di hati aku sebagai PENGKHIANAT !!
“#fakefriends #becareful @zahidarafik maafkan me baby tak dengar nasihat baby dari awal. Korang pernah tak ada kawan jenis macamni? Apa korang akan buat?,” tulisnya panjang lebar.
Menerusi ruangan komen, terdapat pengikutnya membuat telahan sendiri membayangkan ia seperti ditujukan kepada Erra Fazira.
loading...
Lebih mengejutkan, kedua-kedua mereka tidak lagi mengikuti masing-masing di Instagram sedangkan diketahui mempunyai hubungan erat dan akrab. –
Respond Erra:
Bagaimanapun, individu tersebut hanya memohon maaf atas kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini.
“Kepercayaan ku musnah sekali lagi. Segala bukti jelas ku ada. Dan aku mesej dia dengan baik dan merayu untuk dengar penjelasan dia.
“Walaupun ku ada bukti kukuh. Jawapan dia, maaf kerana kesilapan itu. Habis maaf sebelum ini apa? Tak ada makna ke? Aku penat jadi b0odoh.
“Jadi pemaaf tapi orang ambil kesempatan atas kelemahan aku. Aku penat! Dan aku tak mahu cakap benda ni lagi. Aku nak move on!” ujarnya.
Biarpun Umie tidak menyebut nama namun rata-rata netizen di laman sosial membuat andaian luahan tersebut ditujukan kepada penyanyi Erra Fazira yang pernah menjadi rakan baiknya sebelum ini.
Erra meminta semua netizen positif supaya lebih damai.
Malah ada juga netizen yang ‘menyerang’ ruang komen foto Erra dan pengarah Michale Ang untuk bertanyakan mengenai perkara itu.
Menerusi ruang komen tersebut, Erra memohon maaf terpaksa memadam komen-komen yang boleh mengundang perbalahan dan memanjangkan isu.
“Salam semua. Maaf ya, saya padam mana yang boleh mengundang cerita panjang atau balah-balah. Kita positif saja ya. Moga lebih damai,” kata Erra.
Menerusi pemerhatian mStar, Umie dan Erra juga tidak mengikuti satu sama lain di laman Instagram.
Kredit : tubeviral.bbn.my
Post a Comment