Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin menggesa rakyat Malaysia “mengalihkan pandangan” daripada berita buruk berkenaan politik negara.
Hari ini busuk sebusuknya – Selepas penularan video, KJ akhirnya bersuara |
Kenyataan itu susulan tersebarnya video s3ks yang menyasarkan seorang menteri serta pengakuan seorang lelaki yang mengatakan dirinya terlibat dalam video itu.
ARTIKEL MENARIK: Siapa Sebenarnya Haziq Aziz. Identiti sebenar berjaya di dedahkan. Bukan calang2 individu
“Politik ialah profesion yang sukar. Ada kala ia kotor. Ada kala ia sangat kotor. Hari ini ia busuk sebusuknya (Today it stinks to the high heaven).
“Jika anda terlihat berita bvruk berkenaan politik kita hari ini, alihkan pandangan. Hal seperti ini semakin marak apabila diberi perhatian,” katanya menerusi Instagram Story hari ini.
Walaupun tidak menyebut secara khusus, kenyataan Khairy itu selepas tersebarnya klip video memaparkan dua lelaki berada di katil dalam keadaan 1ntim, melakukan beberapa aksi s3ksual dengan salah seorang daripadanya kelihatan seperti menyerupai menteri kabinet tersebut.
Sekitar 1.25 pagi semalam, beberapa wartawan Malaysiakini dijemput menyertai dua kumpulan WhatsApp dinamakan “Jemputan Hari Raya ###” di mana tiga klip video tersebut dikongsikan.
Malaysiakini tidak dapat mengesahkan kesahihan klip video tersebut.
Awal pagi ini Setiausaha Sulit Kanan Shamsul Iskandar Md Akin, Haziq Abdullah Abdul Aziz membuat pengakuan bersumpah bahawa dia terlibat dalam 4ksi tersebut.
loading...
Dia mendakwa kejadian itu berlaku pada 11 Mei lalu i sebuah bilik hotel di Sandakan dan video itu dirakam tanpa kebenarannya.
Ahmad Fadhli Shaari
Naib Presiden Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari turut menyuarakan sentimen sama bahawa ia adalah permainan politik “tak beretika dan j1jik” yang perlu dijauhi.
“Saya minta anak muda khususnya anggota PAS agar tidak terheret dalam politik kotor seperti ini.
“Jangan sebar video yang tidak sah kebenarannya, apatah lagi ia dibimbangi menjerumuskan kita ke dalam kesalahan membuat tuduhan z1na dan homos3ksual tanpa bukti, seperti yang diwajibkan dalam Islam,” katanya menerusi rakaman audio Whatsapp.
Beliau berkata soal kesahihan video tersebut perlu diserahkan kepada pihak berkuasa.
Sementara itu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) turut memberi peringatan sama dan mengingatkan tentang jenayah qazaf iaitu membuat tuduhan z1na atau homos3ksual tanpa empat saksi yang adil.
“Perbuatan menyebarkan video ataupun gambar perlu dielakkan sama sekali untuk mengelakkan umat Islam terjerumus dalam amalan k3ji yang tidak lain tidak bukan hanya untuk menjatuhkan air muka seseorang individu.
“Justeru Abim menyeru rakyat Malaysia menolak sama sekali amalan politik murahan yang k3ji seperti ini kerana ia hanya akan mer0sakkan moral masyarakat kita,” kata setiausaha agungnya Muhammad Faisal Abdul Aziz dalam kenyataan.
Identiti sebenar berjaya di dedahkan. Bukan calang2 individu
Fokus tertumpu kepada Muhammad Haziq Abdul Aziz, selepas jejaka berusia 27 tahun itu membuat pengakuan bersumpah bahawa dia memang terlibat dalam aksi s3ks dalam rakaman sebuah video yang didakwa bersama seorang menteri kabinet.
Haziq Abdullah juga adalah setiausaha sulit kanan Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Md Akin. Dia dilantik pada 19 Januari lalu.
Dia juga mempunyai sejarah yang lama dengan PKR. Ketika di Universiti Malaysa, Haziq menjadi pengasas dan presiden sayap pelajar PKR, Mahasiswa Keadlian, pada tahun 2012 dan masih memegang jawatan itu. Dia juga menyertai Program Mahasiswa Antarabangsa Fulbright.
Walau bagaimanapun, tidak banyak yang diketahui mengenai kegiatannya antara 2014 dan 2018.
Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa Haziq pada 2016 telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan PKR.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, walau bagaimanapun, berkata parti itu tidak pernah menerima surat daripada Haziq memohon atau memaklumkan untuk meninggalkan parti itu.
“Tidak ada rekod dia hantar surat letak jawatan … jadi namanya kekal dalam (senarai) keahlian parti, ” kata Saifuddin ketika dihubungi.
Haziq kemudiannya menjadi pelatih menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri. Satu sumber yang rapat dengannya berkata beliau menyertai Nancy pada tahun 2017.
Dia juga menjadi sebagai sebahagian daripada anggota kempen pilihan raya Nancy.
Ciapan oleh Ahli Parlimen Batang Sadong pada 1 Mei, menunjukkan Haziq memakai baju “Kamek Milih Nancy” (Saya pilih Nancy), yang juga tertera kata-kata #teamnancyshukri.
Saifuddin berkata tiada ahli PKR membuat aduan kepada parti berkenaan aktiviti Haziq yang menyertai Nancy, justeru tiada tindakan diambil terhadapnya.
Haziq kembali bersama PKR selepas pilihan raya umum ke-14, dan kemudian dipilih ketua pemuda bahagian Santubong.
Semasa pemilihan parti, beliau menyokong Najwan Halimi sebagai ketua AMK Sarawak.
Haziq memuat naik pengakuannya berhubung video seks atas ranjang itu di Facebook awal pagi ini.
Dalam pengakuannya, beliau juga menggesa SPRM supaya menyiasat pemimpin kanan PKR itu yang didakwanya juga terlibat dengan gejala rasuah dan tidak layak menjadi pemimpin.
Malaysiakini tidak dapat mendedahkan nama menteri yang didakwa terlibat itu dan sedang cuba menghubunginya untuk mendapatkan komen.
Semalam Malaysiakini melaporkan satu rakaman video intim membabitkan dua lelaki ditularkan secara sistematik kepada beberapa wartawan dan anggota parti politik.
Beberapa wartawan Malaysiakini dipelawa menyertai dua kumpulan WhatsApp yang dinamakan sebagai “Jemputan Hari Raya ###” dan klip video tersebut dikongsikan di situ.
Klip video itu memaparkan dua lelaki berada di atas katil dalam keadaan bogel, melakukan beberapa aksi seksual dengan salah seorang daripadanya kelihatan seperti menyerupai menteri kabinet tersebut.
Malaysiakini tidak dapat mengesahkan kesahihan klip video tersebut.
p/s: Semoga tidak ramai cepat melatah dengan kes2 seperti ini. Masih terlalu awal untuk kita membuat sebarang penilaian
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
Kredit : tubeviral.bbn.my
Post a Comment