” Boleh beli honda Jazz” Ini harga terbaru tudung termahal di dunia yang sudah ditempah

” Boleh beli honda Jazz” Ini harga terbaru tudung termahal di dunia yang sudah ditempah

KOTA BHARU: Jika tudung Bawal Exclusive (BE) bernilai RM50,000 yang sudah dimilik dianggap harganya tidak masuk akal, kali ini netizen tidak perlu terkejut kerana tudung termahal di dunia berharga RM70,000 pula bakal diperagakan.

” Boleh beli honda Jazz” Ini harga terbaru tudung termahal di dunia yang sudah ditempah
” Boleh beli honda Jazz” Ini harga terbaru tudung termahal di dunia yang sudah ditempah

Perkara tersebut dimaklumkan Pengasas BE, Haliza Maysuri, sempena Oscar’s Glamorous Night With As Galleria malam tadi sekali gus memecah rekod harga tudung termahal sebelum ini iaitu RM50,000.

ARTIKEL MENARIK: Datin Nasi Ayam Dtg Semula Ke Restoran. Bukan Sbb Nak Mngamuk Lagi, Tp Sebab Ini


Haliza berkata, tudung bertahtakan swarovski yang diimport dari Austria itu sudah ditempah dan bakal menjadi milik seorang usahawan berusia 30-an dari negeri Kelantan.

Kelainannya untuk tempahan kali ini, beliau berkata, wanita tersebut mahukan tudung warna biru itu dihiasi dengan kemewahan dasar laut.

Katanya, tudung corak lain dari yang lain itu ditempah menerusi butik As Galleria milik Rabiatul Hasmak Ghani di Lembah Sireh, Kota Bharu baru-baru ini.

“Sebelum kami bersetuju terima tempahan. Syarikat telah merujuk kepada ibu pejabat kerana ini bukan tudung yang biasa-biasa, harganya termahal.

“Kami akan gunakan kidmat pakar dari Itali yang berada di Singapura untuk hasilkan tudung demi memberi kepuasan kepada pemiliknya,” katanya pada sidang akhbar malam tadi.

Majlis meraikan 300 pembeli setia terpilih dengan nilaian belian minimum RM5,000 sehingga RM100,000 setahun itu turut dihadiri Pengarah Urusan Swarovski Asia Tenggara dan New Zealand, Sebastian Cox.

Katanya, selain menggunakan swarovski tulen, tudung berkenaan menjadi mahal kerana setiap satu permata itu disusun menggunakan tangan satu persatu dan bukannya dihasilkan oleh mesin.

Baru-baru ini heboh berikutan tudung bawal hitam jenama BE bernilai RM50,000 menjadi milik seorang usahawan juga dari Pantai Timur iaitu di Pahang.

Untuk rekod, wanita di Kelantan pernah membeli tudung BE berharga RM10,000 sehelai, RM21,600 dan pada tahun lepas pula bernilai RM33,000 sehelai.

loading...

Kegilaan terhadap tudung BE tidak dapat dinafikan lagi memandangkan seseorang itu sanggup berbelanja puluhan ribu ringgit untuk sehelai tudung.
Mengulas lanjut Haliza berkata, pihaknya tidak menjadikan perkongsian mengenai tudung yang bernilai RM70,000 itu sebagai strategi melariskan jualan tetapi ia satu realiti.
“Kami mempunyai bukti resit pembelian dan sebagainya. Lagipun kami bersyukur BE sudah menjadi pilihan dan dipercayai sejak 21 tahun lalu lagi,” katanya.
Katanya, bagi pemakai setia BE, mereka sudah mengetahui dan merasai kelainannya mahupun keistimewaan berhijab dengan jenama keluaran syarikatnya
“Saya pernah bertanya mengapa sanggup bayar mahal hanya untuk sehelai tudung satu meter ini.
“Jawapannya semua adalah demi kepuasan diri sendiri dan bukannya untuk menunjuk-nunjuk. Lagipun pembelinya tidak mahu dikenali.
“Individu itu juga memberitahu, jika harga kasut keluaran negara luar berharga belasan ribu ringgit boleh dibeli inikan pula tudung yang boleh menutup aurat dan dibuat oleh usahawan tempatan,” katanya.
Sebelum ini Tudung bawal RM50,000, paling mahal di dunia
SYARIKAT hijab mewah tempatan, Bawal Exclusive memperagakan tudung paling mahal yang pernah dihasilkan di dunia bernilai RM50,000 di Kuala Lumpur malam tadi.
Menurut pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri, tudung paling mahal di dunia itu menjadi milik seorang ahli perniagaan dari Kuantan berusia 35 tahun yang menempahnya melalui butik premium, ByQiss by Bawal Exclusive di Pahang.
Katanya, kejayaan penghasilan tudung tersebut sekali gus memadamkan rekod jualan sehelai tudung mereka sebelum ini bernilai RM33,000 oleh seorang wanita dari Kelantan pada tahun lalu.
“Tudung mewah ini dihasilkan sepenuhnya menggunakan kain jenis Voile, yang diimport dari Jepun dan bertatahkan lebih 10 warna batu kristal Swarovski.
“Ia dibuat sepenuhnya di Austria dengan ilham padang pasir berbunga, sesuai dengan personaliti pemiliknya,” katanya pada majlis penyampaian tudung termahal tersebut di Hotel St. Regis di sini.
Walaupun terkenal dengan tudung mewah, Bawal Exclusive turut menawarkan pelbagai pilihan rekaan dan warna tudung bermula dengan Bawal Tabur serendah RM57 sehelai.
Mengimbau perjalanan perniagaannya, Haliza berkata, tiada siapa yang menjangka perniagaan yang beliau mulakan bersama suami, Mohd Rosli Awang pada tahun 1998 kini mampu menjadi jenama tudung yang semakin terkenal.
“Bermula di gerai kecil di Jalan Tunku Abdul Rahman, Bawal Exclusive kini bukan sahaja memiliki bangunan sendiri, bahkan turut mempunyai 10 butik premium dan 35 ejen jualan di seluruh Malaysia,” katanya.
Sementara itu, pemilik butik ByQiss by Bawal Exclusive, Datin Hamizan Putih berkata, walaupun ada pihak yang mempersoalkan kewajaran membeli tudung bernilai ribuan ringgit, namun tidak salah untuk para wanita dihadiahkan atau menghadiahkan diri sendiri dengan tudung eksklusif tersebut.
“Sebagai wanita yang istiqamah dalam menjaga aurat, tidak salah rasanya untuk memakai tudung eksklusif ini kerana ia akan turut memberi motivasi kepada wanita untuk bekerja lebih keras terutamanya dalam kalangan wanita pantai timur yang terkenal dengan semangat keusahawanan mereka,” katanya.
Kredit : tubeviral.bbn.my
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post