BAHANG kemeriahan Syawal dirasai, begitu juga bahang ketuhar yang saban hari membakar biskut raya baik untuk dijual mahupun dijadikan juadah raya untuk tetamu.
Biskut Raya Pelik, rupa dia macam |
Aneka jenis biskut dibuat, ada yang lazat berkrim disukai ramai dan tidak terkecuali sekadar indah khabar dari rupa.
ARTIKEL MENARIK: Saamseng Jalanan Hentak Cermin Kereta Ditahan. Ini perkerjaan suspek
Namun seorang wanita nampaknya dikejutkan dengan biskut raya yang tidak menjadi seperti yang dirancang.
Cip coklat pada biskut susu cair semasa dibakar
Apa yang pelik adalah bentuk biskut selepas dibakarnya itu mengundang pemikiran lucah dalam kalangan netizen.
“Biskut susu dua bahan, tapi derhaka resepi bubuh cip coklat kat atas tu. Apa ke pelik kejadiannya lepas bakar… mengundang pemikiran 18SX.
“Korang kalau nak buat jangan bubuh cip coklat tau, nanti jadi lagu ni. Segan pulak nak hidang masa raya,” katanya di laman sosial Facebook pada Jumaat malam yang dikongsi lebih 2,000 kali.
Acuan biskut susu sebelum dibakar ke dalam ketuhar
Nur Aliaa Misbah berkata, dia tidak menyangka biskut susu yang dibakarnya pada Khamis lalu kelihatan seperti payudara sehingga ditegur rakan semasa berkongsi gambar tersebut di grup sembang WhatsApp.
Wanita berusia 30 tahun itu menjelaskan bahawa ini bukan pertama kali dia membuat biskut susu kerana dia pernah menghasilkannya sempena Hari Raya tahun lalu.
“Saya buat saja suka-suka untuk persiapan raya. Dah pernah buat hanya guna tepung dan susu tanpa letak apa-apa di atasnya. Biasanya orang letak ceri atau chocolate rice nak kasi cantik.
“Tapi, masa nak buat tak ada pula bahan-bahan tu. Yang ada kat rumah cuma cip coklat lebihan daripada buat biskut raya lain. Saya guna jelah, bila dah bakar, cip coklat tu jadi cair sampai rupanya nampak macam ‘benda tu’,” katanya kepada mStar.
Selain warna kekuningan, turut dibuat adalah biskut susu berwarna hijau dan merah jambu
Gara-gara biskut raya 18SX dibuatnya menjadi perhatian ramai, ibu dua anak itu diminta untuk berkongsi resepi membuat biskut susu tersebut.
“Ada pula yang minta resepi. Biskut susu ni guna dua bahan je, satu paket tepung jagung dan satu tin susu pekat manis.
“Ada yang tanya macam mana nak kasi (bentuk) kembang. Sebab ada yang buat tak jadi, tepung yang dibakar jadi keras,” katanya yang berasal dari Pontian, Johor.
Selain bahan-bahan untuk membuat biskut susu, Nur Aliaa turut menasihatkan mereka supaya membakarnya pada suhu 170 darjah Celsius selama 20 minit.
loading...
“Buatlah bentuk korang suka, hiasan tu lebih elok letak ceri atau sprinkle yang warna-warni tu. Jangan cakap saya yang mengajar bentuk bukan-bukan.
“Saya pun tak sangka kejadiannya macam ni lepas bakar,” katanya sambil menambah selain warna kekuningan, biskut susu itu turut diwarnakannya hijau dan merah jambu.
Nur Aliaa yang merupakan suri rumah berkata dia telah membuat lebih 100 biji biskut susu yang tular itu, tetapi tidak akan dijamu kepada tetamu pada Hari Raya.
“Segan saya nak jamu tetamu makan biskut tu walaupun rasanya ok. Biarlah saya dan keluarga saja yang makan. Kalau jamu, nanti tetamu fikir lain pula,” katanya.
p/s: Ramai yang cuba jadi kreatif dengan menghasilakn pelbagai jenis rupa dan bentuk biskut raya. Tapi kalu dah rupa macam ni, emm
Apa kata anada? Kongsikan bersama kami
Sumber : MSTAR ONLINE via kl viral via tubeviral.bbn.my
Post a Comment