Penyanyi dan pelakon meningkat naik, Naim Daniel akhirnya menjawab kekeliruan ramai mengenai pertalian darahnya bersama pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey.
“Abang Yang Baik,” – Terlerai Teka-Teki, Naim Daniel Perjelas Fasal Pertalian Dengan Fad Bocey |
Menurut Naim, mereka bukanlah adik-beradik tetapi hanya rupa paras sahaja yang hampir mirip sama.
ARTIKEL MENARIK: “Dah Tak Larat Nasihatkan Dia” – Kazar Runsing Bila Anaknya Ira Dikatakan ‘Main Cinta’ Dengan Suami Orang Yang Juga Pengarah Filem Terkenal
“Kalau Abang Fad tengok video ni, suka saya nak katakan sebenarnya kami adik-beradik lain mak.
“Mungkin muka kami seiras, saya cute dan Abang Fad handsome. Kami bukan adik beradik kandung tapi kami memang rapat.
“Tetapi dia tidak menafikan dia merupakan abang yang baik,” katanya memberi penjelasan.
Sebelum ini, ada segelintir peminat yang mendakwa bintang itu rupanya adik kepada pelawak dan hos, Fad Bocey.
Terdahulu, Penyanyi lagu sumpah itu ditemui ketika di majlis rumah terbuka WP.Entertainment yang dilangsungkan di Ruang Seksyen 13, Shah Alam.
Dalam perkembangan lain, Naim menjelaskan dia mahu berehat seketika daripada dunia lakonan dan memberi sepenuh perhatian pada nyanyiannya.
“Selepas drama Pia memang saya rasa nak berehat seketika, bagi penonton move on dulu.
“Pada masa sama, saya nak fokus pada muzik dan sebolehnya mahu kembang sayap kearah lebih besar lagi.
“Untuk lakonan pula, saya dah bermula berlakon sejak usia 8 tahun dan kini usia saya 22 tahun.
“Saya tak rasa sudah lama dalam industri cuma mungkin saya nak belajar benda lain pula selepas ini,” jelasnya lagi.
Terdahulu, lagu sumpah kini sedang mendahului di tangga pertama carta iTunes.
Malah muzik video single berkenaan juga sudah pun ditonton hampir 10 juga kali di YouTube setakat ini.
loading...
View this post on InstagramA post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on Jun 21, 2019 at 6:34am PDT
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: MH via Catatan Terakhir
Post a Comment