Tun M Umum Bonus Aidilfitri, 1.5 Juta Penjawat Awam Dapat Duit Raya Minggu Depan

Tun M Umum Bonus Aidilfitri, 1.5 Juta Penjawat Awam Dapat Duit Raya Minggu Depan

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM450 kepada hampir 1.5 juta penjawat awam.

Tun M Umum Bonus Aidilfitri, 1.5 Juta Penjawat Awam Dapat Duit Raya Minggu Depan
Tun M Umum Bonus Aidilfitri, 1.5 Juta Penjawat Awam Dapat Duit Raya Minggu Depan

Penjawat awam dari Gred 56 dan ke bawah layak menerima bantuan khas tersebut sebagai persediaan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

ARTIKEL MENARIK: Kronologi kes kehilangan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina


Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan pesara Kerajaan juga akan menikmati bantuan khas tersebut.

“Bantuan khas ini juga akan turut dinikmati oleh hampir 0.8 juta pesara Kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM225.

“Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 24 Mei 2019,” memetik kenyataan itu.

loading...

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara Kerajaan itu melibatkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM855 juta.

Sumber: Astro Awani

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post