Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dijangka akan memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal mebayar balik pinjaman jika perkara itu dimahukan orang ramai.
Tak bayar hutang PTPTN, peminjam dilarang renew pasport, lesen memandu, cukai jalan, siar gambar di khalayak ramai |
Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan semalam berkata, pihaknya sedang melihat beberapa cadangan lain untuk mengutip baki pinjaman pendidikan.
ARTIKEL MENARIK: “Banyak perkara rasa lain…” – Sayu Ramadan tanpa Adib, rasa rindu bapa tak dapat dibendung lagi
Menurut Timbalan CEO PTPTN, Mastura Mohd Khalid, cadangan itu termasuk menyekat peminjam dari memperbaharui pasport, lesen, cukai jalan dan lesen perniagaan, kepada kabinet.
Jelas Mastura, sekatan perjalanan merupakan kaedah paling berkesan yang dilakukan oleh PTPTN dalam usaha mengumpul balik bayaran pinjaman dari peminjam yang gagal membuat pembayaran.
"Lebih daripada dua pertiga peminjam PTPTN gagal mebayar balik pinjaman, mula membayar balik selepas pihak kami mengenakan sekatan perjalanan.
"Daripada satu juta peminjam yang gagal membayar balik hutang, 684,000 daripadanya kembali melunaskan bayaran pinjaman. Hanya 332,000 sahaja yang masih tidak membuat sebarang pembayaran.
"Bagaimanapun, kaedah ini dihentikan kerana ia menyebabkan kesulitan kepada peminjam yang mahu melakukan perjalanan ke luar negara kerana mereka dihalang daripada meninggalkan negara di pintu keluar sempadan.
loading...
"Kini cadangan yang kami terima untuk PTPTN, peminjam yang tidak membuat bayaran dilarang memperbaharui pasport, lesen memandu, cukai jalan dan juga menyiarkan gambar mereka di khalayak ramai serta menyenarai hitam ahli keluarganya daripada pinjaman pendidikan PTPTN," katanya.
PTPTN MUNGKIN TIDAK AKAN WUJUD LAGI
Setakat Februari tahun ini, PTPTN telah mengeluarkan sejumlah RM56 bilion, manakala jumlah kutipan hutang peminjam cuma sebanyak RM8.4 bilion.
Jika trend ini berterusan, PTPTN dijangka akan menanggung hutang kira-kira RM76 bilion dalam masa 20 tahun lagi dan berkemungkinan besar PTPTN tidak dapat lagi membiayai pinjaman atau mungkin sudah tidak wujud.
Jika perkara itu berlaku, orang ramai terutamanya generasi masa depan akan terpaksa bergantung kepada institusi kewangan sewasta untuk membuat pinjaman pendidikan dan bilangan pelajar yang memperolehi pembiayaan akan menjadi rendah.
PTPTN ALU-ALUKAN MAKLUM BALAS DARI ORANG RAMAI
Wan Saiful berkata, PTPTN kini sedang mengumpul maklumbalas daripada orang awam berkenaan cadangan-cadangan tersebut dan akan membawanya ke mesyuarat kabinet untuk mendapatkan keputusan muktamad.
PTPTN juga mengalu-alukan orang ramai memberi pandangan melalui tinjauan online yang telah dibuka secara umum kepada orang ramai sejak petang semalam hingga 13 Jun 2019.
Bagi yang berminat untuk memberi maklum balas mengenainya, boleh melayari laman PTPTN 'Konsultasi Rakyat'.
Sumber: MalaysiaKini via The Reporter
Post a Comment