SPRM sahkan tahan Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Dan Isterinya Zizie... Akan didakwa Jumaat

SPRM sahkan tahan Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Dan Isterinya Zizie... Akan didakwa Jumaat

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu mengesahkan menahan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Zizie Ezette.

SPRM sahkan tahan Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Dan Isterinya Zizie... Akan didakwa Jumaat
SPRM sahkan tahan Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Dan Isterinya Zizie... Akan didakwa Jumaat

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki sewaktu dihubungi mStar mengesahkan penahanan ahli Parlimen Kinabatangan itu, bersama pasangannya.

ARTIKEL MENARIK:

"Ya, mereka ditahan untuk membantu siasatan kes rasuah," katanya, petang Rabu.

Bung Moktar ditahan pada pukul 10.50 pagi di SPRM Sabah manakala Zizie ditahan di SPRM Putrajaya pada pukul 11.15 pagi selepas mereka hadir untuk melengkapkan siasatan akhir berkenaan kes rasuah melibatkan Felcra, menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh SPRM.

2.jpg


Kedua-dua mereka memberikan kerjasama penuh kepada SPRM sewaktu ditahan dan dibebaskan selepas lebih kurang lapan jam kenyataan mereka direkodkan, dengan jaminan SPRM.

Kenyataan media SPRM juga mengesahkan telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad itu dan isterinya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat ini.

loading...

3.jpg

Moktar dan Zizie bakal menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009.

Artikel dari mStar Online via BLOGMAZEER.COM

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post