“Saya Akan Teruskan Hidup Tanpa Aliff Aziz” - Bella Astillah

“Saya Akan Teruskan Hidup Tanpa Aliff Aziz” - Bella Astillah

Berikutan kontroversi hangat terpalit Aliff Aziz, rata-rata netizen menantikan kenyataan daripada isterinya, Bella Astillah berhubung isu tersebut.

“Saya Akan Teruskan Hidup Tanpa Aliff Aziz” - Bella Astillah
“Saya Akan Teruskan Hidup Tanpa Aliff Aziz” - Bella Astillah

Menerusi kenyataan terbaru yang dimuat naik oleh Bella di Instagram, Bella akhirnya membuat keputusan enggan untuk meneruskan kehidupan dengan suaminya dan mahu memulakan hidup baru dengan anak mereka, Ayden Adrean.

ARTIKEL MENARIK: Ibu Nadiyah Shahab Tarik Perhatian Netizen Dan Ramai Tidak Percaya Usianya Sudah 53 Tahun!




3.jpg


Bella mengatakan dia sudah penat dengan apa yang berlaku dan sudah berfikir masak-masak tentang keputusannnya itu demi kebaikan anak tunggalnya.

2.jpg


“Terima kasih di atas pandangan anda semua tentang kemelut rumah tangga saya. Sememangnya bukan mudah, tapi saya tahu ramai berniat baik mengambil berat tentang saya namun ada segelintir mereka menganggap saya orang paling bodoh kerana masih mempertahankan rumah tangga saya yang hampir musnah.

“Saya telah membuat keputusan untuk teruskan hidup tanpa Aliff demi kebaikan anak saya.

“Saya amat hargai jika anda semua berhenti menghantar mesej secara peribadi dan menghubungi saya untuk memberikan kenyataan mengenai isu ini.  Saya harap semua pihak menghormati keputusan saya dan beri sedikit ruang kepada saya bagi mengharungi tempoh sukar ini,” tulisnya.

loading...



4.jpg


Sejak semalam,tular di media sosial sekeping gambar mesra Aliff Aziz yang tidak memakai baju bersama seorang gadis berusia 17 tahun. Gambar tersebut dibongkarkan oleh seorang individu menerusi akaun Twitter.

Sumber artikel : rotikaya.com via BLOGMAZEER.COM



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post