SHAH ALAM – Penuh bermakna, ada kata-kata nasihat dan semangat tatkala membaca muat naik terakhir Allahyarham pengasas produk kecantikan Dnars Skincare Faziani Rohban Ahmad,di Instagramnya.
Salam subuh sayangku,Rupanya ‘posting’ terakhir Faziani mengandungi maksud yg tersirat |
Antara muat naik tersebut Faziani mengingatkan orang ramai bahawa orang boleh meniru apa yang kita buat dan cara kita buat, tetapi orang tak boleh meniru kemahiran kita kerana kita sentiasa jadi yang pertama dan ikutan ramai.
ARTIKEL MENARIK: “Rindu saya pada isteri tak berkesudahan” Ini yg berlaku kepada Faziani untuk tidur lena
Tulisan itu, diakhiri dengan ingatan “Salam Subuh Sayangku,”.
“Daripada masalah ke masalah yang lain sehinggalah ia mematangkan kita. Atau ada di antara kita semua yang tidak pernah bermasalah dalam hidup?,” tulisnya.
Dalam pada itu antara lain, Faziani mengingatkan orang ramai agar memperbaiki hubungan dengan ‘ayah ibu’ mereka.
“Perbaikilah Hubunganmu dengan orang tua, kelak ALLAH akan memperbaiki seluruh urusanmu,” tulisnya.
Temu bual eksklusif Faziani jadi memori indah krew Nona
SHAH ALAM – Khabar duka pemergian pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad dalam kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand semalam telah mengejutkan pelbagai pihak.
Selain keluarga dan teman-teman seperjuangan, pemergian Allahyarham turut dirasai oleh krew Majalah Nona yang berkesempatan menemubual dan diberi peluang melihat kediaman indah milik Faziani dan suaminya di Tumpat, Kelantan pada awal Mac lalu.
loading...
Wartawan Nona, Rosmah Idayu Abu Samah meluahkan rasa terkejut setelah menerima perkhabaran tersebut daripada editor pengurusannya, Kiffy Razak.
“Masih teringat pesanan WhatsApp saya bersama Allahyarham beberapa hari sebelum menjelang 1 Ramadan di mana arwah memaklumkan akan berangkat mengerjakan umrah.
“Ketika itu, tidak sampai dua minggu selepas sesi fotografi bersama majalah Nona,” katanya.
Menurut Rosmah Idayu, Nona adalah majalah pertama yang diundang ke kediaman Allahyarham untuk membuat liputan secara eksklusif.
“Ketika kunjungan krew majalah Nona baru-baru ini, Allahyarham tidak habis-habis memanjatkan rasa kesyukuran di atas kurniaan rezeki terhadap perniagaan yang diusahakannya.
“Tambahan pula, Allahyarham turut memaklumkan perniagaannya juga kini sedang berkembang ke Indonesia,” katanya.
Pada masa sama, Rosmah Idayu menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang ramah dan murah dengan senyuman.
“Allahyarham seorang usahawan yang sentiasa ceria malah sikap ramah dan murah dengan senyuman seakan menjadi trademark buat dirinya.
“Selain itu, Allahyarham juga dilihat sebagai seorang yang bekerja kuat demi meningkatkan jenama kosmetiknya. Ketika krew Nona berkunjung ke kediamannya baru-baru ini, Allahyarham rancak bercerita mengenai susah senang yang terpaksa dilaluinya untuk memastikan Dnars Skincare menembusi pasaran Indonesia,” katanya.
Bercerita lanjut, Rosmah Idayu berkata, ketika sesi temu ramah Allahyarham memaklumkan bahawa kediaman tersebut baharu diduduki tidak sampai tempoh setahun.
“Allahyarham beritahu, kediaman yang baharu dibina itu adalah bersebelahan dengan kediaman ibu mentuanya yang lumpuh.
“Katanya kediaman tersebut dianggap sebagai lokasi tempat mereka adik-beradik berkumpul dan selalunya mengadakan majlis tahlil dan bacaan Yasin,” katanya.
Katanya, pengalaman menemubual Allahyarham akan menjadi memori indah yang akan dikenang selamanya.
“Sepanjang sesi menemubual, kami krew Nona dilayan dengan begitu baik sekali. Kami dijamu dengan makanan yang sedap-sedap sehingga Allahyarham mahu bungkuskan kami nasi kerabu untuk di bawa pulang ke hotel.
“Kami juga diberikan sepasang telekung dan pemberian ini akan menjadi memori yang kami simpan sehingga ke akhir hayat,” katanya.
sumber: sinar harian via tubeviral.bbn.my
Post a Comment