Ramai Tak Tahu, Inilah Kehidupan Awal Hero Malaya 90an Saat Remaja Sebelum Bergelar CEO FlNAS, Ahmad Idham!

Ramai Tak Tahu, Inilah Kehidupan Awal Hero Malaya 90an Saat Remaja Sebelum Bergelar CEO FlNAS, Ahmad Idham!

KUALA LUMPUR: Pengarah filem, Ahmad Idham Ahmad Nadzri dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), berkuat kuasa Mac 2019 lalu.

Ramai Tak Tahu, Inilah Kehidupan Awal Hero Malaya 90an Saat Remaja Sebelum Bergelar CEO FlNAS, Ahmad Idham!
Ramai Tak Tahu, Inilah Kehidupan Awal Hero Malaya 90an Saat Remaja Sebelum Bergelar CEO FlNAS, Ahmad Idham!

Ahmad Idham bin Ahmad Nadzri atau lebih dikenali sebagai Ahmad Idham (lahir 1 Januari 1974) ialah seorang pelakon, pengarah dan penerbit televisyen dan filem Malaysia, terkenal dengan peranan lakonan dan gaya pengarahan.

ARTIKEL MENARIK: Nur Sajat Didakwa Miliki 19 Produk Kosmetik Tidak Berdaftar


Bekas pelajar UITM Bidang Peraukanan
Dilahirkan di Alor Setar, Kedah kepada seorang pesara askar, Idham memulakan kerjaya lakonan selepas menamatkan pengajian dalam bidang Perakaunan di Institut Teknologi Mara (ITM; kini Universiti Teknologi MARA).
Saat Remaja Bergelar Artis
Nama Ahmad Idham Ahmad Nadzri atau lebih dikenali sebagai Ahmad Idham mula meniti di bibir peminat seni tanah air selepas dia membintangi drama Cinderella bergandingan bersama pelakon Haliza Misbun pada pertengahan tahun 90-an.
Bercerita tentang dirinya, aktor berusia 43 tahun ini berkata,dia tidak pernah sama sekali terfikir untuk bergelar pelakon satu ketika dahulu.
Menurutnya mungkin disebabkan didikan bapa yang agak tegas ketika itu membuatkannya hanya fokus terhadap pelajaran semata-mata hingga sama sekali tidak pernah bermimpi untuk bersuka ria bersama rakan seusia ketika itu.
“Biarpun di sekolah ketika itu banyak dianjurkan pertandingan lakonan dan sebagainya, tidak pernah sekalipun saya terlibat. Cuma menjadi pemerhati dan memberi kata-kata semangat kepada rakan-rakan yang mengambil bahagian.
“Selain tidak berapa minat, ayah juga cukup marah jika kami adik beradik membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Malah saya juga begitu jarang sekali menonton televisyen di rumah.
“Tapi lumrah kanak-kanak tetap juga nakal biar garang mana sekalipun ibu dan ayah mereka. Kalau nak dikenangkan zaman itu, saya sering ditugaskan oleh ayah untuk menjaga adik beradik yang lain memandangkan saya anak yang sulung.
“Ayah merupakan seorang tentera jadi secara tak langsung dia turut melatih kami seperti tentera. Sebab itu dalam diri ini saya cukup mementingkan disiplin.
“Seingat saya biarpun ayah seorang yang tegas namun dia sama sekali tidak pernah memukul kami adik beradik. Dia lebih menggunakan pendekatan psikologi. Dulu dia selalu berpesan andai saya punya keluarga satu hari nanti ingatlah ketika kecil adalah anak dan ketika dewasa adalah rakan,” ujar anak kelahiran Alor Star Kedah ini lagi.
Terima berkarung-karung surat
Sempat berkongsi pengalaman ketika bergelar pelakon satu ketika dahulu, dia tidak pernah dapat melupakan saat menerima berkarung-karung surat daripada peminat.

loading...

Bagi Idham, banyak beza antara zaman dahulu dan sekarang. Zaman sekarang artis boleh tengok pengikut di laman sosial sahaja untuk ukuran populariti.
“Dahulu mana ada, kita tak tahu diri popular ataupun tak, sehinggalah dihujani oleh surat dari peminat. Ketika drama Cinderella masih dalam tayangan, bos telefon suruh saya datang ke pejabat. Terkejut juga tapi bila sampai sahaja bos suruh buka karung yang penuh dengan surat.
“Masa tu rasa dihargai sangat. Selain daripada surat, setiap kali berjumpa peminat mereka akan minta turunkan tandatangan di topi, baju, sapu tangan dan sebagainya. Tidak kurang juga ramai yang memanggil saya dengan nama watak yang dilakonkan,” ujarnya tersenyum mengenang kisah lalu.
Menyentuh tentang perkembangan baharu, dia kini sibuk menguruskan produksinya, AIFA Motion Pictures Sdn Bhd dan juga AIFA Skill Academy yang melatih pelajar yang berminat dalam bidang seni.
Menguruskan sekolah khas(0KU)
Selain itu, dia juga tak menang tangan menguruskan sebuah sekolah khas yang menyediakan sistem pendidikan dan terapi sempurna buat golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).
Sekolah khas yang diberi nama Eden Firdaus Special Need Centre yang terletak di Kota Damansarasa itu diilhamkan daripada cahaya mata sulungnya, Ahmad Firdaus Ahmad Nadzri, 17, merupakan anak istimewa.
“Sekarang sudah ada 25 orang pelajar dan baru sahaja mendapat lesen untuk mengeluarkan Diploma Kemahiran untuk Pendidikan Khas. Bermaksud kita boleh mendidik guru-guru Pendidikan Khas bermula pada hujung tahun ini,” tutur bapa kepada empat orang cahaya mata ini.
Biarpun di sekolah ketika itu banyak dianjurkan pertandingan lakonan dan sebagainya namun tidak pernah sekalipun saya terlibat cuma sekadar menjadi pemerhati dan memberi kata-kata semangat kepada rakan-rakan
Terjebak dalam lakonan
Bercerita lanjut tentang penglibatannya dalam bidang seni, aktor ini berkata segalanya bermula selepas dia menamatkan pengajiannya dalam bidang Akaun di Institut Teknologi Mara (ITM) pada 1991.
“Kalau nak diikutkan masa belajar di universiti saya lebih minat berniaga. Saya rasa puas bila dapat pegang duit sendiri. Waktu itu jika ada masa terluang saya akan membantu rakan menjual kereta terpakai dan alat-alat ganti kereta.
“Kiranya masa itu, saya mampu mencari duit belanja sendiri tanpa mengharapkan wang kiriman daripada keluarga semata. Pun begitu masa dalam semester akhir saya bertemu dengan jiran saya iaitu pelakon Riezman Khuzaimi.
“Masa tu dia dah mula jadi pelakon. Jika ada masa terluang saya akan ikut dia ke set lakonan. Kiranya waktu tu saya dah jadi macam pembantu peribadi dia. Masa tulah saya banyak mengenali tentang dunia lakonan,” ujar bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan St. John Kuala Lumpur ini.
Pada masa itu juga dia turut berkawan dengan pelakon Azhar Sulaiman yang merupakan pelakon pelajar jurusan seni bina di universitinya. Bermula dari situlah dia mula berjinak-jinak dalam industri kreatif.
“Saya bina hubungan dalam dunia seni melalui dua sahabat. Mereka ini yang selalu tolong rekemen saya sana sini dan mengajar cara berlakon.
“Sehinggalah saya diterima masuk ke dalam Syarikat Kuasatek Pictures. Ketika itu, Kuasatek merupakan syarikat produksi yang besar,” ujarnya.
Kariernya sebagai pelakon bermula pada hujung 1996. Drama pertama lakonannya berjudul Identiti melalui slot drama bersiri TV3 yang pertama.
“Masa tu watak kecil sahaja namun saya cukup gembira kerana dapat berlakon bersama kawan baik sendiri, Azhar Sulaiman. Nak dijadikan cerita waktu itu saya agak serasi dengan penerbit Mohd Noor Kadir jadi tidak semena-mena saya diberi peluang untuk berlakon beberapa buah drama lagi ketika itu.
“Tak sangka rezeki berpihak pada saya masa tu. Bermula dengan drama bersiri Cinta Antara Benua dan selepas itu drama Cinderella yang cukup fenomena ketika itu.
“Alhamdulillah dalam dua tahun sahaja saya berjaya menempatkan nama dalam industri hiburan. Pun begitu selepas drama tersebut saya tidak teruskan secara agresiif untuk berlakon kerana impian sebenarnya adalah untuk bergelar pengarah,” tutur nya.
Ketika itu, dia sebenarnya sudah dibayangi dengan cerita artis-artis lama yang hidup merempat di hujung-hujung kehidupan dan kerana itu dia membuka mindanya untuk mencari sesuatu yang boleh menampung kehidupan satu hari nanti.
“Sebab tu tak sampai tiga tahun berlakon saya mengambil keputusan untuk berada di belakang tabir dan belajar cara-cara untuk mengarah. Masa tu kita tak ada tempat untuk mempelajari cara-cara pengarahan jadi saya mengambil peluang belajar sendiri dari bawah.
“Akhirnya saya berjaya mengarah filem pertama iaitu Mr. Cinderella diikuti filem Tarantula selain drama pertama berjudul Berakhirnya Sebuah Ramadan yang ditayangkan di TV3 ketika itu,” ujarnya yang memenangi Anugerah Seri Angkasa 2001 menerusi drama Tarantula.
Kini sepanjang lebih 20 tahun terlibat dalam dunia seni dia telah pun mengarah lebih daripada 50 buah filem dan menerbitkan lebih daripada 40 buah filem dan drama.
Jom layan gambar beliau saat muda remaja!


Sumber : HarianMetro via CelotehSaje

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post