Pengasas produk kosmetik Dnars, Faziani Rohban Ahmad, 41, yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan, dilaporkan meninggal dunia hari ini.
Pengasas Dnars, Faziani Rohban Ahmad, meninggal dunia |
Perkara itu dimaklumkan oleh anaknya, Iqbar Hakim, menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi dan beliau kini dalam perjalanan pulang ke kampung.
ARTIKEL MENARIK: Bukan Kud1s! Akhirnya Aliff Aziz Sendiri Jawab Punca Kesan Merah Di Kepalanya..
"Assalamualaikum semua, saya ada berita kurang gembira. Saya baru saja kehilangan bonda kesayangan saya, disebabkan kemalangan.
"Sekarang saya dalam perjalanan pulang ke kampung. Kepada semua kalau boleh, sedekahkan Al-Fatihah kepada mummy saya, Faziani Rohban Ahmad, semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman," katanya.
Iqbal juga berkata, dia mewakili arwah ibunya meminta ampun sekiranya ada tersalah tersilap dan boleh tuntut hutang jika ada.
"Ujian berat untuk saya. Saya tak kuat, tapi saya perlu untuk adik-adik saya tujuh orang," katanya.
Menurut laporan Harian Metro, Faziani dan suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, sebelum itu keluar dari rumah mereka di Wakaf Bharu, Tumpat, pada jam 8 pagi tadi dan dalam perjalanan ke pondok di Yala, Thailand untuk memberi sumbangan.
loading...
Pasangan itu terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori menyebabkan, Faziani yang duduk di bahagian penumpang depan parah tersepit, anakala suaminya, cedera.
Difahamkan Faziani baru tiga hari pulang dari menunaikan umrah di Makkah dan selepas itu ke Jakarta untuk berbuka puasa bersama anak yatim.
Kredit : The Reporter
Post a Comment