TUMPAT: Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad, sempat menjemput pelajar dari Madrasah Ahbabul Mustafa Al Islamiah, Kampung Menjual untuk mengaji di kediamannya selama 40 hari bermula hari ini.
Pembantu Kongsi Kelakuan Pelik Faziani sebelum pergi buat selama2nya |
Setiausaha Sulit mudir madrasah berkenaan, Al Fatas Yasmi, berkata selain mengimarahkan bulan Ramadan, ia juga sebagai tahlil untuk aarwah bapanya yang meniinggal dunia pada bulan Ramadan lebih 15 tahun lalu.
ARTIKEL MENARIK: Selepas apa yg berlaku, Nismell menghantar pesanan ini kepada Bella
“Aarwah menjemput seramai 30 pelajar dari madrasah ini untuk mengaji di rumahnya di sini selama 40 hari bermula hari ini di samping mengadakan majlis tahlil.
“Rupa-rupanya tahlil ini nanti bukan saja untuk bapanya yang meniinggal di bulan Ramadan lama dulu tapi dirinya sendiri (Faziani),” katanya ketika ditemui di rumah arwah di Kampung Paloh, di sini hari ini.
Al Fatas berkata sudah empat tahun pengasas kosmetik itu memberi sumbangan kepada madrasahnya dalam bentuk makanan, keperluan serta kewangan.
Anak sulung Allahyarham Faziani, Iqbar Hakim Jasman (tengah) bersama adiknya Irdina Hakim, 16. – NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
Katanya, Faziani dilihat agak kelam kabut menyelesaikan urusan sedekah membabitkan beberapa pondok seperti sudah dapat mengagak ajalnya bakal tiba.
“Saya ada berbual dengan pembantu aarwah yang memberitahu Faziani ingin mempercepatkan segala urusan sedekahnya kepada semua badan kebajikan, pondok dan individu.
Kelakuan pelik
“Beberapa hari kebelakangan ini aarwah dilihat berkelakuan agak pelik dari biasa di mana ingin selesaikan segala urusan sedekah dan infaq sekali gus.
“Kami memang sangat terkejut dengan musiibah yang melanda beliau, bagaimanapun pemergiannya adalah pada bulan yang baik,” katanya.
Jeenazah Fauzani yang dibawa dari Hospital Pattani, Thailand tiba di kediamannya pada jam 6 petang diiringi suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, dengan menaiki van jenazah.
Jenazahnya akan dimandi dan disolat jeenazah di rumahnya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedemit di sini, malam ini.
Beliau Seperti Sudah Tahu Hendak ‘Pergi” Pengasas Bawal Exclusive Dedah Faziani Datang ke Butiknya untuk ini
Kisah tentang peribadi terbudi Allahyarham terus diceritakan kenalan terdekat. Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare Faziani Rohban Ahmad dikatakan sempat membawa adik iparnya yang baru berhijab untuk membeli tudung.
Menurut teman baiknya, pengasas Bawal Exclusive Haliza Masyuri, Allahyarham bertandang ke butik tudungnya di Kelantan malam kelmarin untuk tujuan tersebut.
” Beliau bawa adik iparnya yang baharu berhijab tahun ini untuk beli tudung.
loading...
” Allahyarham sebenarnya memang suka sedekah tudung, kadang-kadang dia beli beratus-ratus tudung untuk diberikan kepada rakan terdekat, keluarga dan untuk orang ramai.
” Sementara itu untuk pekerjanya arwah akan tempah tudung khas buat mereka,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, Allahyarham juga seorang yang sangat baik terhadap pekerja-pekerjanya.
” Beliau kuat bersedekah, orang gajinya yang telah bekerja selama 10 tahun, dia bawa pergi umrah dan belikan rumah.
” Allahyarham juga sering menasihatkan saya, minta berlapang dada dan sentiasa berfikiran positif,” katanya.
Menurut Haliza sejak kebelakangan ini, Allahyarham sering memberitahunya bahawa beliau sering merindui tanah suci Makkah, dan mahu kerap ke sana.
” Beliau seperti sudah tahu hendak ‘pergi’, Arwah kerap pergi Makkah dan beritahu tidak minat lagi untuk pergi ke Eropah, bayangkan beliau baru pulang lima hari dari tanah suci sudah beritahu mahu ke Makkah lagi,” katanya.
Tambah Haliza, mungkin rezeki Allahyarham apabila tiba di Makkah menunaikan ibadat, beliau sering dapat mencium Hajarul Aswad.
” Hampir setiap kali Allahyarham pergi ke sana, beliau dapat menciumnya. Lewat ke belakang ini hampir setiap bulan Allahyarham pergi Makkah,” katanya.
Hajarul Aswad yang bermaksud batu hitam merupakan salah satu batu yang terdapat di penjuru Kaabah.
Sementara itu kisah tentang peribadi terpuji ar wah juga turut diceritakan oleh sahabatnya iaitu Dato Seri Vida yang mana ceritanya hampir sama dan seakan mengiyakan kata-kata Haliza.
DSV dalam status beliau di Instagram berasa begitu terkesan dan menangis dengan pemergian sahabat baik beliau itu.
” Masih terkejut..Macam tak percaya..Sekelip mata..Menggigil tubuh saya dapat mesej..Dinars dah men1nggal..
” Rakan seperjuangan perniagaan, kemat1an yg dicemburui..bulan baik.. bulan ramadhan.. Dalam perjalanan hantar zakat utk anak yatim..
” Baru balik umrah..Seorang yg kuat beribadat. Selalu pergi umrahh.. Saya sendiri jeles dgn arwah tak putus putus berjuang buat amal ibadat..
” MALAH SY BILA KE MEKAH..AKAN IKUT CARA ARWAH YG MMG PULUNG BUAT UMRAH BERKALI KALI SEHARI..”, tulis DSV
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
ARTIKAL BERKAITAN :
Sumber: sinarharian VIA tubeviral.bbn.my
Post a Comment