Laporan audit dedah SPR bantu BN pindah pengundi tentera sebelum PRU14

Laporan audit dedah SPR bantu BN pindah pengundi tentera sebelum PRU14

Laporan audit dedah SPR bantu BN pindah pengundi tentera sebelum PRU14

Laporan audit dedah SPR bantu BN pindah pengundi tentera sebelum PRU14
Laporan audit dedah SPR bantu BN pindah pengundi tentera sebelum PRU14

LAPORAN audit urusniaga pertukaran tanah yang kini dalam siasatan pihak berkuasa mendedahkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Pertahanan (Kementah) dilapor bersekongkol membina 4 kem tentera sebelum pilihanraya umum ke-14 untuk membantu kemenangan Barisan Nasional lapor The Malaysian Insight.


ARTIKEL MENARIK: 'Saya hanya tahu mangsa adalah adik saya selepas melihat kad pengenalannya' - Luluh hati anggota bomba


"Beberapa kem tentera termasuk Bera, Segamat, Paloh dan hutan melintang dibina bagi tujuan politik untuk memindahkan pengundi sebelum PRU14," kata laporan itu yang dilihat oleh TMI.

Kem Tentera Segamat

Beberapa pegawai SPR turut didedahkan terlibat menasihati BN mengenai persiapan di kem berkenaan sebelum pengundi tentera boleh dipindahkan menjelang suku ketiga tahun 2017.

Maklumat itu terkandung dalam laporan audit oleh bekas Ketua Audit Negara Ambrin Buang.

Kerajaan baru Pakatan Harapan telah menugaskan Ambrin untuk meneliti dan menyiasat isu-isu tadbir urus, perolehan dan kewangan negara yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini.

laporan urus niaga tukar tanah yang berlaku antara Julai dan Disember tahun lalu akan dikeluarkan Khamis ini apabila Menteri Pertahanan Mohamad Sabu membentangkannya di Dewan Negara.

Pada bulan Februari lalu Mohamad telah mendedahkan bahawa kerajaan rugi sebanyak RM500 juta susulan urusniaga tukaran tanah tersebut.



loading...

Laporan audit itu turut menyebut beberapa pegawai SPR melawat kem hutan melintang tiga kali pada tahun 2017, ketika itu kem hutan melintang masih dalam pembinaan.

Lawatan tersebut adalah bagi memastikan semua perkara penting sudah ada sebelum pengundi tentera boleh dipindahkan ke kem baharu.

Laporan itu turut menyebut SPR memindahkan 1,536 pengundi dari kem tentera di Tambun dan Kamunting di Perak ke Hutan Melintang, yang terletak dalam kawasan parlimen Bagan Datuk.

Kawasan itu diwakili oleh presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri dan menteri pertahanan.

Selain Hutan melintang laporan itu memperincikan permintaan daripada setiausaha politik Menteri Pertahanan pada tahun 2016 untuk sebuah kem tentera dan barek tentera dibina di Paloh, yang terletak dalam kawasan parlimen Sembrong.

Menteri Pertahanan pada masa itu ialah Hishammuddin Hussein, yang berjaya mengekalkan kemenangan yang di Sembrong pada PRU14 setahun yang lalu.

Kem Paloh dibuat untuk menambah sokongan pengundi di kerusi negeri Paloh. Pada PRU13, BN hanya menang tipis di kerusi itu dengan majoriti 103 undi.

Namun pada PRU14, BN gagal mengekalkan kemenangan apabila calon Pakatan Harapan, Sheikh Umar Ali dari DAP menang kerusi berkenaan dengan majoriti 783 undi.

Selain laporan audit itu mengenal pasti 4 kem — Bera, Segamat, Paloh dan Hutan Melintang yang disebut sebagai projek politik, ia juga turut menyebut beberapa lagi urusniaga tukaran tanah untuk keuntungan komersial.

10 urusniaga yang datang daripada cadangan syarikat swasta untuk membina kem sebagai ganti mendapatkan tanah tertentu yang dimiliki oleh Kementah bagi tujuan pembangunan hartanah.

Sumber — milosuam.net
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post