Seorang pemandu Grab ditemui maaut setelah hilang sejak 25 May lalu pada jam 4 pagi.
Kronologi kes pemandu Grab Hilang Sebelum Ditemui Sudah Tidak Bernyawa |
Kereta maangsa dijumpai dengan kesan daarah pada bahagian stereng, kusyen dan sisi pintu bahagian pemandu dipercayai milik mangsa yang ketika itu masih belum dijumpai di Indah Permai, belakang Giant di tapak meletak kenderaan berhampiran bazar.
ARTIKEL MENARIK: Kekasih Mavt Bertembung Treler. Sebak saat melihat isi kandungan pos hadiah yang tidak dijangka
Kronologi kes kehilangan tersebut dikongsikan rakannya, AzulJailanidi Twitter.
25 Mei
“Guys, member aku hilang semalam dan kemungkinan kena rompak sebab kereta Grab dia penuh dengan kesan daarah, harapnya tak ada apa yang buruk jadi pada dia bulan Ramadhan ni.”
Guys , mmbe aku hilang semalam and might be kena rompak sbb kereta grab dia penuh dgn blood stains, hopefully nothing bad happen to him bulan ramadhan ni pic.twitter.com/kYRlZDaAah— Azuljailani (@AzulJailani) May 26, 2019
26 Mei
AzulJailani memuat naik gambar rakannya yang masih belum ditemui dengan harapan mendapat maklumat lanjut daripada orang ramai.
“Mohammad Hanafie Bin Jaafar
Last seen : 4am (25hb May 2019)
Kereta dia dijumpai di kawasan Indah Permai belakang Giant area parking dan tapak bazaar”
27 Mei
“Maayat dijumpai, kemungkinan Hanafie. Pakaian sama dengan kali terakhir dia dijumpai, tapi masih tak pasti sebab nak buat ujian DNA untuk kepastian.”
Sejam kemudian, AzulJailani memaklumkan hasil pengecaman keluarga maangsa.
“Dukacita dimaklumkan, maayat telah disahkan oleh ahli keluarga. Salam takziah kepada keluarga Mohammad Hanafie bin Jaafar, semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan soleh. Al-Fatihah”
Kes ini turut mendapat perhatian Grab Malaysia yang bekerjasama menjalankan penyiasatan dengan pihak berkuasa.
loading...
“Terima kasih atas keprihatinan anda berkenaan isu ini. Mohon serahkan kepada kami kerana kes ini sedang dalam penyiasatan pihak Grab dengan kerjasama pihak berkuasa.”
Ketatkan pendaftaran penumpang Grab
Kes jeenayah yang menyasarkan pemandu Grab bukanlah perkara asing lagi. Sebelum ini, seorang pemandu Grab ditemui maaut dengan kesan jerutan di leher ketika dalam perjalanan menghantar penumpangnya dari Jalan Tun Tan Cheng Lock menuju ke Selayang Baru.
Maangsa ditemui dalam keadaan tertungkup di tempat duduk belakang keretanya dengan kesan jerutan di leher. Dalam kejadian tersebut, dompet dan telefon bimbit milik maangsa turut hilang. Berikutan itu, enam suspek termasuk warga asing ditahan.
Selain itu, video seorang warga emas yang menjadi pemandu Grab tular apabila mangsa diteembak seorang remaja yang merupakan penumpangnya. Video yang dipercayai dirakam melalui kamera telefon maangsa menunjukkan suspek mengambil dompet mangsa sebelum melarikan diri.
Risau dengan keselamatan pemandu Grab yang lain, para pengguna menuntut syarikat tersebut mengetatkan syarat untuk menjadi pengguna Grab.
“Dear GrabMy, tolonglah ketatkan syarat untuk daftar sebagai penumpang. Nak daftar sebagai pemandu bukan main 1001 syarat kau letak sampai dah nak kena ada psv bagai. Yang daftar sebagai penumpang ni senang-senang je boleh letak nama ‘iphone’ la ‘comel’ la ‘blues clues’ la.” kata Fitri Mn.
“Patut daftar pakai IC la.. Baru valid dan senang nak kenal pasti..” kata @CxptxinPxnthxr
Sama2 kita doakan Semoga aarwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan penjenayah terlibat diberi hukuman berat.
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
Sumber: AzulJailani via tubeviral.bbn.my
Post a Comment