Kenapa Perlu Bangkitkan Cerita 13 Mei? – Muhyiddin

Kenapa Perlu Bangkitkan Cerita 13 Mei? – Muhyiddin

PUTRAJAYA: Tragedi 13 Mei seharusnya menjadi pengajaran dan cadangan mana-mana pihak untuk kerajaan menyiarkan dapatan insiden itu disifatkan hanya pandangan segelintir pihak semata-mata.

Kenapa Perlu Bangkitkan Cerita 13 Mei? – Muhyiddin
Kenapa Perlu Bangkitkan Cerita 13 Mei? – Muhyiddin

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata, sejarah itu harus dijadikan pengajaran selain memberitahu insiden itu berada di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

ARTIKEL MENARIK: Tikam dada imam kerana tidur terganggu


“Yang penting adalah pada waktu ini dan masa depan. Inilah yang Pakatan Harapan sebagai kerajaan janjikan iaitu untuk berlaku adil dan saksama.

“Kita tidak mahu negara kucar-kacir kerana perkauman dan agama. Sedikit sebanyak pengalaman lampau itu harus menjadi batasan dan pastikan tidak berulang,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan surat pelantikan Timbalan Ketua Polis Negara baharu di sini, pada Isnin.

Sebelum ini, felo utama Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, peristiwa berdarah rusuhan kaum paling dahsyat di negara ini pada 13 Mei 1969, perlu menjadi pengajaran betapa pentingnya masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk terus bersatu padu dan hidup dalam harmoni.

Jelasnya, bagi pengajaran daripada peristiwa 50 tahun lepas itu penting bukan untuk rakyat sahaja dari segi kerukunan, namun bagi meningkatkan kemajuan negara.

loading...

Dalam perkembangan bersaingan, Muhyiddin menjelaskan sindiket tonto yang dikesan bertindak berani memasang alat sistem pengesanan global (GPS) pada kenderaan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) bukanlah perkara baharu.

Tegasnya, pihak polis perlu mengambil tindakan jika perkara seumpama itu mengganggu tugas penguatkuasaan.

Sumber: Astro Awani

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post