Kalau sebut nama gula-gula White Rabbit mungkin ramai yang tidak tahu, kalau sebut pula gula-gula yang plastiknya boleh dimakan memang semua akan ingat.
Kementerian Hal Ehwal Agama Negara Brunei Sahkan Gula-Gula White Rabbit Tidak Halal Untuk Dimakan |
Gula-gula ini memang popular pada zaman 90an dan kini kembali trending. Malah, ada juga yang mencipta aiskrim menggunakan White Rabbit. Memang viral habis dan mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak.
ARTIKEL MENARIK: ‘Apa Sahaja Kamu Lakukan, Saya Tetap Menang’ – Dakwaan Perli Tun M, Ini respon TMJ kpd pengguna Twitter ini
Namun, terkini pihak Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam (moRA) melalui Bahagian Kawalan Makanan Halal (BKMH), Jabatan Hal Ehwal Syariah mengesahkan White Rabbit tidak halal dan mengandungi protein khinzir.
Ia berdasarkan hasil analisis yang dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan Brunei.
Berikutan pengumuman berkenaan, beberapa pembuat ais krim di Brunei akan menghentikan pengeluaran aiskrim berperisa White Rabbit. Bukan itu sahaja, pihak mereka juga akan membersihkan peralatan yang digunakan dengan betul agar pelanggan lebih yakin dan tidak was-was.
loading...
MoRA juga mengingatkan kepada semua pengimport produk makanan ke negara Brunei supaya mengambil langkah berpatutan dengan melabel kandungan bahan ramuan produk-produk makanan yang diimport menggunakan bahasa Melayu atau Inggeris secara telus.
Pelabelan tersebut bertujuan untuk memudahkan orang ramai mengetahui isi kandungan yang dijual.
Sumber Berita : The Scoop dan Twitter Borneo Bulletin
Sumber artikel : amazingnara.com VIA BLOGMAZEER.COM
Post a Comment