EMPAT pengganas Daish yang merancang untuk melakukan pembunuhan individu berprofil tinggi serta serangan bom berskala besar di beberapa lokasi di negara ini ditahan dalam serbuan dijalankan Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas.
Balas Dendam Kematian Adib Antara Rancangan Pengganas Daish |
Semua suspek itu ditahan dalam empat serbuan di Kuala Berang, Terengganu, Kuala Lumpur dan di Subang Jaya, Selangor pada 5 Mei hingga 7 Mei lalu.
ARTIKEL MENARIK: Marah Tidurnya Terganggu, Imam Parah Ditikam Ketika Mengaji Al-Quran Di Masjid
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, empat suspek berkenaan membabitkan seorang lelaki tempatan serta seorang lelaki Indonesia dan dua lelaki Rohingnya pemegang kad Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) berusia antara 20 tahun hingga 49 tahun.
Beliau berkata, antara rancangan mereka adalah membunuh beberapa individu berprofil tinggi serta serangan bom di rumah ibadat bukan Islam dan di pusat hiburan sekitar Lembah Klang.
Katanya, serangan dirancang turut bertujuan bagi membalas dendam terhadap kematian pegawai bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang parah dalam insiden rusuhan di sebuah kuil di Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.
“Susulan penahanan suspek, polis turut menemui enam unit bom ‘improvised explosive device’ serta sepucuk pistol CZ buatan Czechoslovakia bersama 15 butir peluru yang akan digunakan dalam serangan dirancang.
“Keempat-empat suspek ini bergerak sebagai satu sel ‘wolf pack’ Daish yang dipercayai berhubung dengan rangkaian Daish di Syria dan merancang untuk melakukan serangan pada minggu pertama Ramadan,” katanya pada sidang media, hari ini.
Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah E8 Cawangan Khas Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.
Abdul Hamid berkata, suspek pertama ditahan di Kuala Berang pada 5 Mei lalu membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun dipercayai bertindak sebagai perancang utama serangan.
loading...
Beliau berkata, dalam serbuan itu polis merampas enam bom serta sepucuk pistol daripada suspek.
“Susulan itu, polis membuat tangkapan kedua membabitkan seorang lelaki Rohingya pemegang kad UNHCR berusia 20 tahun di Kuala Lumpur pada 7 Mei lalu.
“Suspek kedua mengaku menganggotai sel pengganas itu dan menyokong kumpulan pengganas Arakan Rohingnya Salvation Army (ARSA) turut merancang serangan di Kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur dan berjihad di Rakhine,” katanya.
Abdul Hamid berkata, tangkapan ketiga membabitkan seorang lelaki Indonesia berusia 49 tahun di Subang Jaya pada hari sama.
Katanya, suspek bekerja di sebuah kilang membuat zink dan merancang untuk berjihad di Syria.
“Suspek keempat lelaki warga Rohingnya berusia 25 tahun pula ditahan di Kuala Lumpur pada hari sama dan mengaku terbabit dengan kumpulan berkenaan.
“Semua suspek ditahan mengikut Akta 574 Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747),” katanya.
Sumber: Harian Metro
Post a Comment